Bahasa Malaysia | English
Jika E-mel atau Nombor Telefon anda telah didaftarkan dengan akaun Shopee, anda akan diminta untuk log masuk. Anda boleh mencuba untuk menetapkan semula kata laluan atau mendapatkan bantuan daripada Wakil Khidmat Pelanggan kami untuk memulihkan akaun anda.
Sekiranya e-mel anda belum didaftarkan, ikut langkah berikut untuk mendaftar akaun Shopee menggunakan e-mel:
Daftar Menggunakan E-mel:
Langkah 1: Masukkan alamat e-mel anda
Langkah 2: Klik Seterusnya
Langkah 3: Lengkapkan pengesahan
Langkah 4: Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke e-mel anda
Langkah 5: Klik Seterusnya
Langkah 6: Tetapkan kata laluan untuk akaun anda
Langkah 7: Klik Daftar
Langkah 8: Sekiranya e-mel anda belum digunakan oleh akaun lain, akaun Shopee anda akan berjaya didaftarkan
Daftar Menggunakan Nombor Telefon:
Langkah 1: Masukkan nombor telefon anda.
Langkah 2: Klik Seterusnya
Langkah 3: Klik Hantar untuk menerima kod pengesahan melalui WhatsApp.
Langkah 4: Klik Kaedah Lain jika anda ingin menerima kod pengesahan melalui panggilan atau SMS.
Langkah 5: Masukkan kod pengesahan yang diterima.
Langkah 6: Tetapkan kata laluan untuk akaun anda
Langkah 7: Klik Daftar
Langkah 8: Sekiranya nombor telefon anda belum digunakan oleh akaun lain, akaun Shopee anda akan berjaya didaftarkan
💡 Tip:
Untuk keselamatan tambahan, gunakan kata laluan yang kuat dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.