Alamak! Kami faham betapa mengecewakannya kehilangan akses ke akaun anda, tetapi jangan risau, kami akan pastikan akaun anda dipulihkan secepat mungkin supaya anda boleh kembali berbelanja di Shopee.Berikut adalah beberapa sebab mengapa akaun anda disekat atau dibekukan:Aktiviti MencurigakanSistem kami secara automatik akan menyekat akaun anda jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan yang boleh membahayakan akaun dan keselamatan anda. Aktiviti mencurigakan termasuk:- Percubaan log masuk berulang kali ke akaun anda
- Disyaki cubaan menggodam
- Log masuk yang luar biasa atau menggunakan peranti baru
- Perubahan kepada nama pengguna atau kata laluan anda
Pelanggaran Dasar Shopee
Pengguna yang melanggar satu atau lebih daripada dasar kami akan menghadapi sekatan akaun atau penggantungan tetap. Pelanggaran dasar Shopee termasuk:- Mengeksploitasi baucar dan/atau promosi
- Menyertai penipuan
- Menjana pesanan palsu
- Aktiviti penipuan lain
Ketahui lebih lanjut mengenai Terma Perkhidmatan Shopee untuk lebih memahami cara mengelakkan pelanggaran dasar.Bagaimana untuk memulihkan akaun anda? 🔓
Jika anda mendapati akaun anda disekat kerana aktiviti mencurigakan atau tidak melanggar mana-mana dasar Shopee, ikuti langkah-langkah di bawah untuk memulihkan akaun anda.Langkah 1: Pergi ke tab SayaLangkah 2: Klik pada Chat bersama ShopeeLangkah 3: Taip Live AgentLangkah 4: Klik pada Chat with agentLangkah 5: Pilih topik sebagai Account and SecurityLangkah 6: Anda akan diarahkan kepada ejen sembang langsungLangkah 7: Bersedia untuk menghantar dokumen sokongan berikut jika diminta:- Gambar kad pengenalan anda
- Selfie sambil memegang IC anda
- Salinan penyata bank terkini
- Tangkapan skrin mesej ralat log masuk
⚠️ Nota:
Sila ingat untuk memilih Account and Security sebagai jenis pertanyaan untuk diarahkan kepada ejen sembang langsung Shopee.