BM | EN | CN
📱 Nota Penting:
Anda hanya boleh log masuk/daftar ke Shopee Malaysia menggunakan nombor telefon tempatan.
Sekiranya anda tidak dapat mendaftar menggunakan nombor telefon, kemungkinan nombor tersebut telah dikaitkan dengan akaun Shopee sedia ada. Harap maklum bahawa:
- Setiap nombor telefon hanya boleh didaftarkan kepada satu akaun Shopee.
- Peraturan yang sama terpakai untuk alamat emel.
Kenapa Nombor Telefon Saya Sudah Didaftarkan dengan Akaun Shopee?
Berikut adalah dua kemungkinan:1. Anda sudah mempunyai akaun yang menggunakan nombor ini.- Anda mungkin telah mendaftar akaun Shopee sebelum ini.
- Cuba log masuk menggunakan maklumat akaun sedia ada.
- Lupa kata laluan? Ketahui cara untuk menetapkan semula kata laluan anda.
2. Nombor telefon anda telah dikitar semula.
- Penyedia perkhidmatan mudah alih kadangkala mengitar semula nombor telefon.
- Kemungkinan nombor telefon anda pernah digunakan oleh orang lain.
⚠️ Jangan risau! Pemilik lama tidak akan mempunyai akses kepada akaun Shopee yang berkaitan dengan nombor telefon anda. Ini hanya bermaksud maklumat lama masih tersimpan dalam sistem kami.
Cara Mengatasi Masalah Ini:
Pilihan 1: Tuntut Semula Nombor Telefon Anda
- Ketahui cara untuk menuntut semula nombor telefon anda DI SINI.
Pilihan 2: Daftar Menggunakan Alamat EmelJika proses tuntutan gagal dan anda diminta menghubungi Khidmat Pelanggan: - Daftar menggunakan alamat emel anda terlebih dahulu.
- Ini akan memudahkan kami mengemaskini nombor telefon anda untuk digunakan dengan akaun tersebut.
Perlukan Bantuan Lanjut?
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman ini.