Hi, how can we help?

[Kos Penghantaran] Bagaimanakah yuran penghantaran DHL dikira oleh Shopee?

Bahasa Malaysia | English
 
Yuran penghantaran dikira berdasarkan berat yang boleh dikenakan yuran, iaitu sama ada berat sebenar atau berat volumetrik produk anda, mana yang lebih tinggi
 
Berat sebenar diambil daripada input berat di Pusat Penjual, manakala berat volumetrik bergantung pada dimensi produk pada penyenaraian. Oleh itu, adalah sangat penting bagi penjual untuk memasukkan dimensi produk mereka dalam penyenaraian produk mereka untuk membolehkan sistem Shopee mengira yuran penghantaran apabila pembeli membuat pesanan.
 
Sila ambil perhatian bahawa jika anda tidak memasukkan sebarang dimensi untuk penyenaraian anda, berat volumetrik tidak akan berlaku. Akibatnya, yuran penghantaran yang boleh dikenakan oleh DHL mungkin tidak sepadan dengan yuran penghantaran yang dikira melalui sistem Shopee.
 
Berikut adalah halaman di mana anda perlu mengemaskini dimensi produk anda di Pusat Penjual Shopee anda.
 
db53ff9c-f81c-42f0-ac96-cdc17b2c9bad (1).jpgPengiraan am berat volumetrik untuk DHL adalah seperti berikut jika anda ingin mengira sendiri:
 
Berat volumetrik = Lebar (cm) x Panjang (cm) x Tinggi (cm) / 5000
 
Penafian: Yuran penghantaran akhir yang dikenakan mungkin berbeza disebabkan oleh bahan pembungkusan, hadiah percuma, dan aksesori yang ditambah ke dalam bungkusan.
 
Layari Pusat Pendidikan Penjual kami untuk tip dan petua lain untuk menjual di Shopee.
 
Ada pertanyaan lain? Hubungi kami melalui saluran di bawah dan kami dengan senang hati akan membantu anda!
Was this article helpful?
Yes
No