Brushing ialah aktiviti tidak jujur di mana penjual mencipta pesanan palsu, ulasan palsu, like palsu, atau pengikut palsu untuk meningkatkan reputasi kedai atau ranking produk mereka di Shopee.
Tindakan ini boleh mengelirukan pembeli dan menjejaskan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan. Jika anda ternampak sebarang aktiviti yang mencurigakan, anda boleh bantu pastikan Shopee kekal selamat dengan membuat laporan.
Jika anda mengesyaki seorang penjual mencipta pesanan palsu untuk menaikkan bilangan jualan sesuatu produk, anda boleh laporkannya seperti berikut:
📱 Aplikasi Shopee:
Pergi ke halaman produk dan tekan ikon tiga titik (⋯) di bahagian atas kanan.
Pilih Laporkan produk ini.
Pilih Order Brushing sebagai sebab.
Isikan maklumat yang diperlukan.
Tekan Hantar laporan.
💻 Laman Web Shopee:
Di halaman produk, klik Lapor di bahagian atas kanan.
Pilih Order Brushing sebagai sebab.
Isikan maklumat yang diperlukan.
Klik Hantar laporan.
Di halaman produk, tekan ikon tiga titik (⋯).
Pilih Laporkan produk ini.
Pilih Pelanggaran lain (Other Violations) sebagai sebab.
Sertakan maklumat tambahan dan hantar laporan.
Klik Lapor di halaman produk.
Pilih Pelanggaran lain (Other Violations).
Isi maklumat yang diperlukan dan klik Hantar laporan.
Jika anda rasa sesuatu kedai mendapat pengikut atau like secara tidak sah:
Aplikasi Shopee:
Pergi ke halaman utama kedai.
Tekan ikon tiga titik (⋯) di bahagian atas kanan.
Pilih Laporkan kedai ini.
Pilih Lain-lain (Others) sebagai sebab.
Isikan maklumat yang berkaitan dan hantar laporan.
Laporan anda membantu kami mengekalkan persekitaran membeli-belah yang adil dan boleh dipercayai untuk semua pengguna.