Hi, how can we help?

[Ansuran] Apakah perbelanjaan minimum untuk pelan ansuran dan bagaimanakah ia dikira?

Bahasa Malaysia | English
 
Perbelanjaan minimum untuk layak bagi pelan ansuran Shopee adalah RM500, dan ia berdasarkan nilai checkout (selepas potongan baucar diskaun) dan bukannya nilai pesanan/item tunggal.

Sila rujuk senario checkout di bawah untuk pemahaman anda:
 

Senario Semak Keluar

Contoh

Layak untuk Ansuran

Penjelasan

1 produk dari 1 penjual yang mempunyai Kaedah Pembayaran Pelan Ansuran

Produk A bernilai RM 500 dari Penjual A

Layak

= Perbelanjaan minimum RM 500.00

Pelbagai produk dari 1 penjual yang mempunyai Kaedah Pembayaran Pelan Ansuran

Produk A dan B dengan gabungan nilai RM 500 dari Penjual A

Layak

= Perbelanjaan minimum RM 500.00 untuk semua item dalam pesanan/semak keluar yang sama

Pelbagai Produk dari 2 penjual yang mempunyai Kaedah Pembayaran Pelan Ansuran

Produk A (RM 250) dari Penjual A dan Produk B (RM 250) dari Penjual B

Layak

= Perbelanjaan minimum RM 500.00 untuk semua item dalam pesanan/checkout yang sama

Pelbagai produk dari 2 penjual di mana hanya 1 yang mempunyai Kaedah Pembayaran Pelan Ansuran

Produk A (RM 250) dari Penjual A (dengan Pelan Ansuran) dan Produk B (RM 250) dari Penjual B (tanpa Pelan Ansuran)

Tidak Layak

Kedua-dua penjual perlu mempunyai Pelan Ansuran, DAN perbelanjaan minimum RM 500.00 untuk semua item dalam pesanan/checkout yang sama

Produk A (RM 500) dari Penjual A (dengan Pelan Ansuran) dan Produk B (RM 250) dari Penjual B (tanpa Pelan Ansuran)

Tidak Layak

Pembeli perlu membuat checkout berasingan untuk kedua-dua penjual untuk memilih Kaedah Pembayaran Pelan Ansuran untuk Penjual A sahaja (perbelanjaan minimum RM 500 masih terpakai).

 
FAQ:

S: Saya telah memilih 2 produk dari penjual yang sama yang menawarkan Ansuran Kad Kredit tetapi saya tidak dapat memilih pilihan pembayaran ini semasa checkout. Mengapa ini berlaku?

J: Terdapat 2 kemungkinan sebab untuk ini:

a) Anda tidak memenuhi perbelanjaan minimum terkumpul untuk layak membayar menggunakan Ansuran Kad Kredit, ATAU

b) Penjual mempunyai pilihan untuk menawarkan Ansuran Kad Kredit secara selektif untuk setiap produk mereka. Anda hanya akan diberikan pilihan Ansuran Kad Kredit apabila kedua-dua produk dalam troli menawarkan kaedah pembayaran ini. Untuk pengesahan, anda boleh berbual dengan penjual mengenai perkara ini.

S: Produk A dari Penjual A hanya menawarkan tempoh ansuran 6 bulan manakala Produk B dari Penjual B menawarkan tempoh ansuran sehingga 12 bulan. Apakah tempoh ansuran yang boleh saya pilih?

J: Oleh kerana kedua-dua penjual mempunyai tempoh yang berbeza untuk produk mereka, pembeli hanya akan ditawarkan tempoh yang lebih rendah yang tersedia untuk kedua-dua penjual. Dalam kes ini, pembeli hanya boleh checkout dengan pembayaran Ansuran 6 bulan.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat artikel Pusat Bantuan kami - Bagaimanakah cara untuk bayar dengan ansuran kad kredit? dan Bagaimanakah saya tahu jika item tersedia untuk pembayaran ansuran?

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.
Was this article helpful?
Yes
No