Bahasa Malaysia | English
1) Mengapa saya tidak boleh mendapatkan polisi insurans/sijil takaful saya?
Anda sepatutnya menerima e-polisi/e-sijil melalui e-mel daripada syarikat insurans/pengendali takaful dalam tempoh 24 jam selepas pembelian/penyertaan. Jika anda belum menerima e-polisi/e-sijil, ia mungkin disebabkan oleh salah satu sebab berikut:
(a) Motosikal anda ditolak oleh JPJ; atau
(b) Perkhidmatan syarikat insurans dan/atau JPJ sedang dalam penyelenggaraan.
Sila rujuk di sini untuk menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful bagi mendapatkan bantuan.
2) Bagaimanakah saya menerima dokumen polisi/sijil selepas memperbaharui insurans/takaful motosikal saya?
Setelah anda berjaya membeli/menyertai insurans/takaful motosikal, anda akan menerima dokumen e-polisi/e-sijil melalui e-mel daripada syarikat insurans/pengendali takaful dalam tempoh 24 jam dari tarikh pembelian/penyertaan berjaya.
3) Bagaimana saya mendapatkan bantuan semasa kecemasan atau kemalangan?
Sekiranya berlaku kemalangan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
(a) Hubungi Bantuan Tepi Jalan syarikat insurans/pengendali takaful; rujuk di sini bagi mendapatkan maklumat hubungan.
(b) Syarikat insurans/pengendali takaful akan memberi nasihat mengenai bengkel panel/pembaiki yang diluluskan untuk dikunjungi dan menyediakan bantuan menunda kenderaan jika diperlukan.
(d) Buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.
4) Bagaimana saya membuat pengendorsan, pembatalan, dan perubahan pada polisi insurans saya setelah membeli melalui platform Shopee?
Anda boleh menghantar permohonan kepada syarikat insurans/pengendali takaful. Sila hubungi syarikat insurans untuk mendapatkan bantuan.
5) Bagaimana saya membuat tuntutan atau mendapatkan kemas kini mengenai tuntutan saya?
Sila rujuk di sini untuk mengetahui langkah-langkah membuat tuntutan. Sila layari laman web syarikat insurans untuk mendapatkan maklumat selanjutnya..
Untuk Allianz Motorcycle Plus - Rujuk di sini untuk langkah demi langkah membuat tuntutan. Sila lawati laman web Allianz untuk maklumat lanjut.
Untuk Ikhlas Motorcycle Takaful - Rujuk di sini untuk langkah-langkah tuntutan. Sila lawati laman web Takaful Ikhlas untuk maklumat lanjut.
Untuk Zurich Z-Rider dan Z-Rider Takaful - Rujuk di sini untuk langkah demi langkah membuat tuntutan. Sila lawati laman web Zurich/Zurich Takaful untuk maklumat lanjut.