Hi, how can we help?

[Peniga ShopeePay] Apakah itu Peniaga ShopeePay?

Bahasa Malaysia | English

Peniaga ShopeePay adalah penjual yang menerima ShopeePay sebagai kaedah pembayaran di kedai fizikal atau kedai dalam talian mereka yang bukan di platform Shopee. Ini dilakukan melalui Aplikasi Shopee Partner (Rakan Niaga Shopee).

Dengan menggunakan ShopeePay, perniagaan anda boleh menerima pembayaran tanpa tunai dengan cara yang selamat dan teratur. Selain itu, anda juga akan mendapat akses kepada pangkalan pengguna Shopee yang luas. Pembeli akan mengenali jenama anda melalui Aplikasi kami apabila mereka mencari pedagang ShopeePay.

Kedua-dua perniagaan bebas dan berdaftar dialu-alukan untuk memohon. Ketahui lebih lanjut tentang cara menjadi peniaga ShopeePay.

⚠️ Nota:

Penjual yang mempunyai lebih daripada 1 cawangan boleh membincangkan hal ini dengan wakil Shopee semasa proses pendaftaran. Ketahui lebih lanjut mengenai menambah cawangan baru.
Was this article helpful?
Yes
No