Bahasa Malaysia | English
Ini bergantung kepada prosedur menaiki bas yang ditetapkan oleh pengendali bas. Sila rujuk Ringkasan Pesanan Bas anda dan pergi ke lokasi pengambilan seperti yang dinyatakan.
Anda mungkin menghadapi situasi berikut di lokasi pengambilan:
Jika lokasi pengambilan anda mempunyai kaunter bas:
Cari nombor unit kaunter seperti yang dinyatakan dalam Ringkasan Pesanan Bas anda.
Sila ke kaunter tersebut untuk menukar ringkasan pesanan anda dengan pas menaiki bas, atau untuk mendapatkan nombor plat dan platform bas.
Tunjukkan pas menaiki bas tersebut kepada pemandu ketika anda menaiki bas.
Jika lokasi pengambilan anda tidak mempunyai kaunter bas (contohnya, tempat menunggu teksi):
Anda boleh terus menunjukkan Ringkasan Pesanan Bas kepada pemandu bas, sama ada dalam bentuk salinan elektronik atau cetakan.
Disarankan agar anda mencetak ringkasan pesanan anda bagi mengelakkan sebarang kelewatan semasa menaiki bas.
Adakah bas akan menunggu jika saya lewat?
Ya. Kanak-kanak berumur antara 2 hingga 12 tahun perlu mempunyai tiket tempat duduk sendiri.
Umur dikira berdasarkan tahun kelahiran, bukan tarikh lahir yang tepat.
Adakah kanak-kanak memerlukan tiket bas?
Ya. Kanak-kanak berumur antara 2 hingga 12 tahun perlu mempunyai tiket tempat duduk sendiri.
Umur dikira berdasarkan tahun kelahiran, bukan tarikh lahir yang tepat.
Contoh:
Tarikh lahir: 2 Disember 2018
Tiket dibeli: 10 Januari 2020
Tarikh berlepas: 15 Januari 2020
Kiraan umur: 2020 - 2018 = 2 tahun
Oleh kerana umur dikira sebagai 2 tahun berdasarkan tahun lahir, tiket diperlukan.
Bagaimana pula dengan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun?
Namun, tiket perlu dibeli sekiranya tempat duduk diperlukan untuk kanak-kanak tersebut.