Hi, how can we help?

[SLoan] Bilakah tarikh akhir pembayaran balik SLoan?

Bahasa Malaysia | English

Tarikh akhir pembayaran balik pinjaman anda ialah 30 hari selepas anda memasukkan PIN atau OTP pengesahan untuk menandatangani Perjanjian Pinjaman.

Sekiranya anda sedang menunggu pengeluaran pinjaman, sila ambil perhatian bahawa tarikh pembayaran balik tetap akan bermula dari tarikh anda memasukkan PIN atau OTP untuk menandatangani Perjanjian Pinjaman dan bukan tarikh anda menerima pengeluaran pinjaman.

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan penerimaan pengeluaran pinjaman, sila hubungi kami melalui saluran yang terdapat di bahagian bawah halaman.

Tarikh akhir pembayaran balik pinjaman akan jatuh pada hari yang sama setiap bulan. Sebagai contoh, jika anda melengkapkan pengeluaran pinjaman pada 12 Jun 2022 dengan tempoh 3 bulan, dan pengeluaran pinjaman diterima pada 15 Jun 2022, tarikh pembayaran balik akan jatuh pada 12 Julai 2022, 12 Ogos 2022, dan 12 September 2022.

Namun, jika tarikh pembayaran balik pertama anda adalah pada 31 haribulan, tarikh pembayaran balik berikutnya akan jatuh pada hari terakhir bulan tersebut. Sebagai contoh, ini mungkin pada 28 atau 29 Februari, atau 30 April.

SLoan adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd. 
Was this article helpful?
Yes
No