Pengguna yang layak kini boleh memohon untuk menaikkan had SPayLater dengan menghantar dokumen pendapatan anda.Ciri ini sedang dilaksanakan secara berperingkat kepada pengguna terpilih dan akan tersedia untuk semua pengguna tidak lama lagi.
Ikuti langkah di bawah untuk menaikkan had SPayLater anda:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik SPayLater
Langkah 2: Klik Naikkan Had Sekarang
Langkah 3: Muat naik dokumen yang diperlukan dan klik Hantar
Langkah 4: Tunggu keputusan permohonan

Pengguna Bekerja – Sila hantar 2 daripada 4 dokumen berikut | ||
Jenis Dokumen | Bilangan Fail Diperlukan | Nota |
Penyata Bank | 3 | · 3 bulan terkini penyata bank berturut-turut yang menunjukkan rekod kemasukan gaji |
Slip Gaji | 3 | · 3 bulan terkini slip gaji berturut-turut |
Penyata KWSP | 1 | · Penyata KWSP terkini dengan sekurang-kurangnya 3 bulan caruman |
Borang Pengisytiharan Cukai | 1 | · Borang Pengisytiharan Cukai terkini |
Pengguna Bekerja Sendiri – Sila hantar semua 3 dokumen berikut | ||
Jenis Dokumen | Bilangan Fail Diperlukan | Nota |
Sijil Pendaftaran Perniagaan | 1 | · Sijil SSM
|
Penyata Bank / E-dompet | 3 | · Penyata bank/e-dompet terkini untuk 3 bulan berturut-turut
· Max. 20MB setiap fail
· Muat naik penyata bank untuk 1 bulan bagi setiap fail, dengan jumlah keseluruhan 3 fail |
Borang Pengisytiharan Cukai | 1 | · Borang Pengisytiharan Cukai terkini
|
Sila pastikan dokumen yang dimuat naik lengkap dan jelas bagi meningkatkan peluang kelulusan permohonan kenaikan had. Had yang diluluskan untuk setiap pengguna mungkin berbeza dan akan ditentukan mengikut budi bicara kami. Akaun SPayLater juga akan disemak secara berkala, dan had akan dilaraskan (sama ada dinaikkan atau diturunkan) berdasarkan pelbagai faktor.
Jika anda belum layak untuk ciri ini, ikuti tips ini untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan had SPayLater yang lebih tinggi:
Kerap gunakan SPayLater untuk transaksi di aplikasi Shopee.
Pastikan anda membayar bil SPayLater tepat pada masanya, sebelum tarikh akhir.
Patuhi terma dan syarat SPayLater, dengan membuat pembelian hanya di pedagang yang sah.