Bahasa Malaysia | English
1) Bagaimakah cara untuk melihat dan menebus Pakej Perkhidmatan saya di bawah Product Care?
Selepas pesanan selesai, anda boleh melayari portal Pelanggan Digital di https://shopee-claims.policystreet.com untuk melihat Pakej Perkhidmatan anda, termasuk pengesahan Perlindungan Produk di bawah Program Perkhidmatan Product Care.
2) Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan Haus dan Lusuh?
Barang yang layak akan mempunyai perlindungan tambahan Haus dan Lusuh, di mana barang anda akan dilindungi daripada kerosakan:
Perlindungan ini terhad kepada barang baharu sahaja, dan tempoh perlindungan adalah 90 hari dari tarikh perkhidmatan bermula.
Barang yang layak untuk perlindungan Haus & Lusuh lanjutan termasuk:
3) Berapa lama tempoh perkhidmatan Product Care?
Perlindungan berlangsung selama 6 bulan dari tarikh pesanan anda diselesaikan di Shopee, di mana polisi akan diaktifkan secara automatik.
4) Perlukah saya membuat laporan polis untuk mengemukakan permintaan perkhidmatan Product Care?
Laporan polis hanya diperlukan untuk permintaan berkaitan kecurian sahaja. Kemasukan atau keluar secara paksa dan/atau ganas dari premis mesti disahkan oleh pegawai polis yang hadir.
5) Bagaimana saya akan menerima bayaran tuntutan saya?
Setelah permintaan perkhidmatan anda diluluskan, anda boleh memilih untuk menerima bayaran pampasan sama ada melalui dompet ShopeePay atau Pemindahan Bank. Had bayaran pampasan adalah sehingga jumlah kerugian sebenar ditolak 10% sebagai potongan, dan turut tertakluk kepada had jumlah yang diinsuranskan. Sila ambil maklum bahawa untuk menerima bayaran pampasan melalui dompet ShopeePay, jumlah baki dalam dompet ShopeePay anda dan amaun bayaran pampasan tidak boleh melebihi RM2,999.
6) Bolehkah saya membuat permintaan perkhidmatan jika barang saya rosak semasa penghantaran untuk perlindungan produk?
Tidak. Permintaan tersebut tidak sah kerana perlindungan insurans hanya bermula dari tarikh pengesahan penghantaran barang di platform Shopee. Jika barang tersebut rosak semasa penghantaran, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee atau penjual dengan segera untuk memulakan proses pemulangan wang.
7) Bolehkah saya membatalkan Product Care dan mendapatkan bayaran balik?
Product Care boleh dibatalkan dalam tempoh 30 hari selepas penghantaran item (iaitu, selepas pesanan ditandakan sebagai selesai di platform Shopee). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat.
8) Bagaimana cara untuk menghantar permintaan perkhidmatan bagi Product Care?
Langkah 1: Pergi ke halaman Butiran Program Perkhidmatan, pilih ‘Permintaan Perkhidmatan’ untuk memulakan permintaan.
Langkah 2: Laporkan dan hantar permintaan anda sejurus selepas insiden berlaku.
Langkah 3: Pastikan anda melengkapkan penghantaran awal dengan semua maklumat asas yang diperlukan.
Langkah 4: Semak maklumat dan hantar permintaan perkhidmatan.
| Aktiviti | Tempoh Masa |
|---|---|
| Penghantaran/Pemberitahuan permintaan perkhidmatan | Tidak lebih daripada empat belas (14) hari selepas kejadian kehilangan atau perlindungan berlaku. |
| Kelulusan permintaan perkhidmatan | Sehingga lima (5) hari bekerja dari tarikh penghantaran dokumen lengkap. |
| Pembayaran permintaan perkhidmatan | Sehingga sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh kelulusan permintaan perkhidmatan. |