Hi, how can we help?

Payments

Payment options
ShopeePay
SPayLater
Shopee Coins
SLoan

[Perbankan Dalam Talian] Bagaimanakah membuat pembayaran melalui akaun Maybank2u saya?

Bahasa Malaysia | English

Pautkan Maybank2u anda untuk cara transaksi pembayaran Shopee yang lebih pantas dan lancar tanpa perlu log masuk ke perbankan dalam talian setiap kali.

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh semua pengguna Shopee yang mempunyai salah satu akaun Maybank berikut:

  • Akaun Simpanan
  • Akaun Semasa
  • Akaun MAE

1. Bagaimanakah cara pautkan akaun Maybank2u saya?

Langakh 1: Klik Pautkan Akaun Bank Sekarang di bawah untuk log masuk ke Maybank2u.
 
  • Tetapkan Akses Pembayaran untuk Shopee: Pilih Akaun Bank yang ingin dipautkan.
  • Pilih tempoh pautan akaun anda ke Shopee (3, 6 atau 12 bulan).
  • Tetapkan had transaksi harian anda. Ini adalah jumlah maksimum (RM1000 jika nombor telefon anda sama dengan Maybank, jika tidak RM250) yang boleh anda transaksi setiap hari.

Langkah 2: Masukkan OTP untuk mengesahkan.
Langkah 3: Transaksi dari Akaun Bank yang dipautkan dalam Shopee dengan lancar.

2. Berapa lama masa yang diambil untuk pautkan akaun Maybank saya ke ShopeePay?

Ia segera! Setelah pautan dilakukan, anda boleh menggunakan akaun Maybank anda untuk transaksi di Shopee dengan serta-merta.

3. Apakah tempoh tamat pautan?

Sebagai langkah keselamatan tambahan, pautan Maybank2u anda akan tamat selepas tempoh tertentu. Akses top-up Maybank2u akan tamat berdasarkan tempoh yang anda pilih semasa menetapkan pautan (3, 6 atau 12 bulan).

Anda perlu pautkan semula akaun Maybank2u anda setelah pautan tamat.

Sebagai contoh, jika anda tetapkan akses pembayaran pada 1 Disember 2020 jam 1:00 PM dan pilih tempoh 6 bulan, ia akan tamat pada 1 Jun 2021 jam 1:00 PM.

4. Saya sudah pautkan akaun Maybank saya ke Shopee, tetapi transaksi gagal. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda mungkin tidak mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun Maybank anda. Sila semak baki akaun Maybank anda.

5. Adakah sebarang yuran transaksi untuk perkhidmatan ini?

Tiada.

6. Adakah selamat jika akaun Maybank2u saya dipautkan ke Shopee?

Ya, untuk memastikan akaun anda selamat, Shopee tidak menyimpan butiran perbankan dalam talian anda. Akaun bank yang dipautkan hanya boleh diakses pada peranti semasa yang anda gunakan demi tujuan keselamatan.
Was this article helpful?
Yes
No