Bahasa Malaysia | EnglishAnda dikehendaki membuat pembayaran penuh mengikut bil SPayLater apabila anda menggunakan fungsi SPayLater.Jika anda tidak membuat pembayaran penuh pada 1hb, 10hb, atau 20hb setiap bulan, akaun SPayLater dan/atau Shopee anda akan digantung. Untuk terus menggunakan perkhidmatan SPayLater, caj lewat sebanyak jumlah prinsipal bil atau RM10, mengikut yang mana lebih rendah, akan dikenakan (berkuat kuasa mulai 26 September 2024).Contoh seperti di bawah:
Caj lewat akan dikenakan setiap kali terdapat tunggakan dan akaun SPayLater pengguna digantung. |
Tarikh Akhir | Pembayaran Bil Dibuat oleh Pengguna | Caj Lewat |
1 Ogos | Pengguna buat pembayaran penuh | 0 |
1 September | Tiada pembayaran dibuat, pengguna tertunggak | Jumlah prinsipal bil atau RM10, mengikut yang mana lebih rendah |
1 Oktober | Tiada pembayaran dibuat, pengguna tertunggak | Tiada caj pembayaran lewat. Jumlah prinsipal bil atau RM10, mengikut yang mana lebih rendah, akan dikenakan jika terdapat tunggakan berturut-turut |
1 November | Pengguna buat pembayaran penuh (untuk Sep, Okt dan Nov) | 0 |
1 Disember | Tiada pembayaran dibuat, pengguna tertunggak | Jumlah prinsipal bil atau RM10, mengikut yang mana lebih rendah |
1 Januari | Pengguna buat pembayaran penuh | 0 |
Untuk kekal mematuhi Syariah, sebarang caj yang melebihi kos sebenar yang ditanggung akan didermakan kepada badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah.Anda boleh klik DI SINI untuk maklumat lanjut.
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).