Hi, how can we help?

[SLoan] Apakah yang berlaku jika saya tidak dapat membuat pembayaran?

Bahasa Malaysia | English 

Penalti pembayaran lewat sebanyak 8% setahun akan dikenakan setiap hari bermula dari tarikh gagal bayar sehingga jumlah tersebut dilunaskan.

Penalti akan dikenakan apabila terdapat tunggakan bermula dari 00:01 hari selepas tarikh akhir pembayaran. Contoh: Tarikh akhir pembayaran adalah pada 1 Okt. Penalti pembayaran lewat akan dikenakan jika terdapat tunggakan pada 00:01, 2 Okt.

Contoh pengiraan penalti pembayaran lewat:

Jumlah pembayaran sebenar: RM3,000
Tempoh tertunggak: 10 hari
Jumlah penalti pembayaran lewat: RM3,000 x 8% x (10 hari/365) = RM6.58
Jumlah pembayaran: RM3,000 + RM6.58 = RM3,006.58

Fungsi pengeluaran akan dibekukan jika terdapat tunggakan sehingga ansuran dilangsaikan sepenuhnya. Anda boleh membayar ansuran melalui pilihan pembayaran berikut:

(a) ShopeePay; atau
(b) Perbankan Dalam Talian

SLoan ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied