Hi, how can we help?

[Produk Digital - Zakat] Apa itu Zakat?

Bahasa Malaysia | English

Apa itu Zakat?

Zakat ialah kewajipan dalam Islam yang memerlukan umat Islam menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik. Ia merupakan salah satu daripada lima rukun Islam dan berfungsi untuk mengagihkan kekayaan antara golongan kaya dan miskin serta membersihkan harta mereka yang membayar zakat.



Siapa yang wajib membayar zakat?

Secara amnya, umat Islam diwajibkan untuk menyumbang 2.5% daripada pendapatan mereka sebagai zakat jika mereka memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Mereka telah bekerja lebih daripada setahun dan menerima pendapatan melebihi ambang minimum.
  • Mereka memenuhi syarat Nisab.
  • Mereka mempunyai pemilikan mutlak ke atas harta, dan harta tersebut mestilah sama ada aset yang berkembang atau berpotensi untuk berkembang.

 

 

 

Institusi Zakat mana yang telah bekerjasama dengan Shopee?

Shopee telah bekerjasama dengan beberapa Institusi Zakat tempatan, termasuk:

  • Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)
  • Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)
  • Zakat Sabah (MUIS)
  • Zakat Pulau Pinang (ZPP)
  • Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)

Jangan risau, kami sedang giat berusaha untuk memperluaskan ciri Zakat Shopee untuk meliputi lebih banyak negeri. Nantikan!

 

 

 

Adakah pembayaran Zakat melalui Shopee sah?

Shopee telah dilantik oleh Institusi Zakat masing-masing sebagai saluran pembayaran Zakat yang sah.

 

Nota: Kenyataan ini telah disahkan oleh penasihat Syariah yang berkelayakan dan diiktiraf.

 

 

Adakah resit akan diberikan selepas sumbangan Zakat dibuat melalui aplikasi Shopee?

Anda akan menerima pengesahan pembayaran dalam aplikasi pada halaman Butiran Pesanan Zakat selepas pembayaran berjaya.

 

 

Walau bagaimanapun, untuk pertanyaan mengenai resit rasmi dengan pengecualian cukai, anda dinasihatkan untuk menghubungi Institusi Zakat yang berkaitan menggunakan maklumat berikut:

 

 

 

 

 
Was this article helpful?
Yes
No