Akaun ShopeePay anda mungkin dinyahaktifkan atas sebab-sebab berikut:
Memasukkan nombor PIN ShopeePay dan/atau kata laluan akaun Shopee yang salah sebanyak 5 kali dalam tempoh setengah jam akan menyebabkan akaun anda dinyahaktifkan sementara selama 30 minit.
Memasukkan nombor PIN ShopeePay dan/atau kata laluan akaun Shopee yang salah sebanyak 8 kali dalam tempoh 24 jam akan menyebabkan akaun anda dinyahaktifkan secara kekal.
Akaun anda telah ditandakan atas aktiviti mencurigakan.
⚠️Nota:
Jika anda tidak mengingati nombor PIN ShopeePay anda dan akaun ShopeePay anda hanya dinyahaktifkan sementara, tetapkan semula PIN anda. Ini akan mengelakkan akaun ShopeePay anda daripada dinyahaktifkan secara kekal.
Untuk mengaktifkan semula akaun ShopeePay anda, hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini. Akaun anda akan diaktifkan semula dalam tempoh 3 hari bekerja jika permintaan anda sah.