Hi, how can we help?

[ShopeePay] Mengapakah saya tidak boleh membuat pembayaran melalui ShopeePay?

Bahasa Malaysia | English
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Cop (2).gif
Berikut adalah beberapa sebab biasa mengapa anda mungkin tidak dapat menyelesaikan pembayaran melalui ShopeePay:

  • Anda belum mengaktifkan akaun ShopeePay anda. 
  • Baki ShopeePay anda tidak mencukupi untuk pembayaran semasa. Ketahui cara menambah nilai Dompet ShopeePay anda.
  • Anda mungkin telah melebihi had transaksi harian/bulanan/tahunan untuk Akaun Asas dan Premium.
  • Sistem operasi pada peranti anda mungkin tidak boleh menyokong ShopeePay.
 
⚠️ Nota:
 
  • Jika pembeli menggunakan baucar, pembeli perlu menambah baki selebihnya yang tertera pada semakan sebelum menggunakan baucar untuk membolehkan pembayaran menggunakan ShopeePay.

 

Had Transaksi

Asas

Premium*

Premium

Had Baki Dompet 

RM2,999

RM4,999

RM9,999

Kaedah Pengesahan

Tidak Disahkan

Setelah melengkapkan proses KYC standard

Setelah melengkapkan proses e-KYC

Had Transaksi Harian

RM2,999

RM4,999

RM9,999

Had Transaksi Bulanan

RM4,999

RM4,999

RM20,000

Had Transaksi Tahunan

RM59,999

RM59,999

RM120,000

 *Pengguna ShopeePay yang telah disahkan sebelum 13 November 2024 tetapi belum melengkapkan proses e-KYC baharu.
 
⚠️ Nota: 
 
  • Pengguna ShopeePay yang telah disahkan sebelum 13 November 2024 tetapi belum melengkapkan proses e-KYC baharu.
  • Mulai 24 Februari 2025, pengguna baharu yang mengesahkan akaun ShopeePay mereka hanya akan diberikan akses kepada akaun premium.
  • Sekiranya pembelian anda melebihi had ShopeePay, kami menyarankan anda menggunakan kaedah pembayaran lain.
  • Harap maklum bahawa pengguna Android dengan versi sistem operasi di bawah 7.0 akan dihadkan kepada had pembayaran harian RM 200. Jika anda ingin meningkatkan had tersebut, sila kemas kini peranti anda atau gunakan peranti lain.
  • Sekiranya akaun ShopeePay anda digantung, ketahui cara nyahkunci (unlock) akaun ShopeePay anda.

Jika anda masih tidak dapat meneruskan pembayaran, sila berikan tangkapan skrin mesej ralat yang diterima beserta nama pengguna Shopee anda untuk kami menyiasat lebih lanjut. Sebagai alternatif, anda boleh merujuk kepada Panduan Penyelesaian Masalah Asas sebelum menghubungi Khidmat Pelanggan kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini.
Was this article helpful?
Yes
No