Bahasa Malaysia | English
1. Apakah itu Screen Care?
Screen Care memberikan perlindungan untuk skrin depan telefon bimbit baru dan terpakai selama 12 bulan.
2. Berapakah harga Screen Care untuk telefon mudah alih saya?
Harga untuk Screen Care adalah RM32.40 untuk perlindungan selama dua belas (12) bulan, sehingga nilai perkhidmatan maksimum sebanyak RM1,000.00 setiap pembelian.
3. Apa yang dilindungi oleh perkhidmatan ini?
Perkhidmatan ini melindungi satu permintaan sehingga jumlah perlindungan bagi kerosakan skrin hadapan telefon bimbit yang retak.
4. Apa yang tidak dilindungi oleh perkhidmatan ini?
Sila rujuk "Pengecualian Umum/General Exclusion" dalam Terma & Syarat untuk maklumat lanjut.
5. Bagaimana untuk mengaktifkan Screen care?


Nota:
Sila daftar kod penebusan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembelian.
1 kod penebusan hanya boleh memberikan perlindungan untuk 1 peranti mudah alih.
Anda boleh memohon sehingga 5 kod penebusan setiap polisi.
IV. Masukkan butiran peribadi anda dan nombor IMEI peranti anda.
Nota: Dail *#06# untuk mendapatkan nombor IMEI peranti anda.
Kaedah 1: Ambil gambar peranti anda dengan cermin.
Kaedah 2: Ambil gambar peranti anda menggunakan peranti kedua.
6. Adakah terdapat had masa untuk menghantar permintaan servis?
Ya, permintaan servis perlu dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kejadian yang menyebabkan kerosakan skrin hadapan telefon bimbit akibat retakan tidak sengaja.
7. Bolehkah saya membatalkan Screen Care dan mendapatkan bayaran balik?
Perkhidmatan Screen Care mempunyai tempoh selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pengesahan penerimaan barangan yang berkaitan melalui platform Shopee. Perkhidmatan Screen Care tidak boleh dibatalkan selepas tempoh tersebut.
8. Bagaimanakah cara untuk menghantar permintaan servis bagi Screen Care?
Langkah 1: Pergi ke halaman Butiran Program Servis, pilih ‘Permintaan Servis’ untuk memulakan permintaan servis.
Langkah 2: Laporkan dan hantar permintaan anda dengan segera selepas kejadian berlaku.
Langkah 3: Input the required details and provide a photo of the cracked front screen of the mobile phone.
Langkah 4: Pilih lokasi pembaikan yang diingini – negeri dan bandar.
Langkah 5: Pastikan anda melengkapkan penghantaran awal dengan semua maklumat asas yang diperlukan.
Langkah 6: Semak maklumat dan hantar permintaan servis.
Langkah 7: Kedai pembaikan atau pusat servis Igloo yang paling hampir dengan lokasi pilihan akan dicadangkan.
Langkah 8: Hantar telefon bimbit yang rosak ke salah satu kedai pembaikan atau pusat servis yang tersenarai untuk dibaiki.
Langkah 9:
Langkah 10:
| Aktiviti | Tempoh Masa |
|---|---|
| Penghantaran permintaan servis | Tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kejadian yang menyebabkan kerosakan tidak sengaja atau kerosakan akibat cecair pada telefon bimbit. |
| Pembaikan telefon bimbit oleh kedai pembaikan atau pusat servis | Temujanji: Satu (1) hari Walk-in (tertakluk kepada ketersediaan alat ganti): Tujuh (7) hari |
| Pembayaran bagi permintaan servis (jika berkenaan) | Tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permintaan diluluskan. |