Hi, how can we help?

[Produk Digital] Bolehkah Saya Menderma dengan Shopee?

Bahasa Malaysia | English

Anda kini boleh menderma melalui ciri Produk Digital Shopee dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

 

1. Akses Aplikasi Shopee anda, dan klik pada 'Lihat lagi'. Kemudian, di halaman seterusnya, pergi ke ikon 'Prabayar, Bil & Tiket' dan pilih 'Derma' di bawah kategori Derma & Pembiayaan.

2. Masukkan jumlah yang ingin anda dermakan (jumlah minimum: RM1) dan pilih organisasi kebajikan yang ingin anda sumbangkan pada halaman utama Donation. Klik pada 'Teruskan' untuk meneruskan.


*Sila semak terma & syarat Shopee 'Derma' di bahagian bawah halaman untuk maklumat lanjut.

 

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy.gif 

3. Di Shopee, anda boleh menderma sebagai:

  • Tanpa Nama: Anda tidak akan menerima resit rasmi daripada organisasi kebajikan jika anda memilih untuk menderma secara anonim.
  • Peribadi: Sila kemas kini 'Nama' dan 'Alamat Emel' anda untuk resit rasmi.
  • Perniagaan: Sila kemas kini 'Nama Syarikat,' 'Nombor Pendaftaran SSM,' dan 'Alamat Emel' untuk resit rasmi. 

Jika anda menderma untuk tujuan pengecualian cukai, sila semak laman web  LHDN untuk status pengecualian cukai organisasi kebajikan bagi memastikan resit e-rasmi yang dikeluarkan oleh organisasi kebajikan berkenaan layak untuk pengecualian cukai.

Resit e-rasmi akan dikeluarkan oleh organisasi kebajikan dan dihantar ke alamat emel yang diberikan oleh pengguna.

 

Sentiasa semak butiran derma untuk memastikan semua maklumat adalah betul. Klik 'OK' untuk meneruskan pembayaran.

 

4. Pilih pilihan pembayaran anda: ShopeePay, kad kredit atau debit, pembayaran tunai di 7-Eleven, atau perbankan dalam talian. Pemindahan bank tidak boleh digunakan untuk membuat derma ini. Klik 'Bayar Sekarang' untuk meneruskan pembayaran. Klik 'Lihat Butiran Pesanan' untuk melihat butiran derma anda.

**Gunakan ShopeePay untuk menikmati proses pembayaran yang lebih pantas.

 

 

5. Untuk mencari pengesahan derma anda dalam aplikasi, sila skrol ke bawah ke bahagian bawah halaman Butiran Pesanan. Klik pada pautan, dan pengesahan derma anda akan dimuat turun secara automatik.

 

*Sila ambil perhatian bahawa pengesahan derma ini tidak boleh digunakan untuk tujuan pengecualian cukai.*

 

Terma dan Syarat Derma

  1. Perkhidmatan derma ini di aplikasi Shopee adalah untuk pembayaran derma satu kali sahaja.
  2. Semua pembayaran derma yang dibuat melalui aplikasi Shopee akan disalurkan ke organisasi atau badan kebajikan yang ditetapkan.
  3. Pengguna bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul. Maklumat ini akan dikongsi dengan organisasi atau badan kebajikan terpilih untuk mengeluarkan resit rasmi kepada pengguna.
  4. Pengesahan pembayaran derma Shopee tidak boleh digunakan sebagai resit rasmi. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh organisasi atau badan kebajikan yang berkenaan.
  5. Derma kepada organisasi atau badan kebajikan yang tidak diiktiraf oleh LHDN tidak layak untuk pengecualian cukai. Lawati laman web LHDN untuk maklumat lanjut.
  6. Tiada pengembalian wang dibenarkan untuk pembayaran derma yang dibuat. 
    Shopee berhak untuk mengubah terma dan syarat derma pada bila-bila masa.
Was this article helpful?
Yes
No