Hi, how can we help?

[Ansuran] Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran melalui ansuran kad kredit?

Bahasa Malaysia | English

Sebelum anda boleh membayar melalui ansuran, anda perlu menambahnya sebagai kaedah pembayaran di akaun Shopee anda. Anda boleh melakukannya di Aplikasi Shopee melalui langkah-langkah tersebut:
 
340836bf-9a45-487f-a24d-59a83ab33962.jpg
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ikon Tetapan ⚙️
Langkah 3: Pilih Akaun Bank / Kad 
Langkah 4: Klik pada +Ansuran Kad Kredit Baharu
Langkah 5: Isikan butiran kad kredit anda
Langkah 6: Klik pada Hantar
 
Anda akan diarahkan ke halaman bank/pembekal kad untuk pengesahan. Isikan Kata Laluan Sekali (OTP) yang dihantar ke nombor mudah alih anda apabila diminta dan Hantar

343d8aac-3d80-42c5-afad-adf4612454fe.jpg
Apabila anda membuat pembayaran untuk produk yang layak, anda boleh memilih Ansuran Kad Kredit > pilih Pelan Ansuran pilihan anda > SAHKAN.

⚠️Nota:

  • Penjual mempunyai pilihan untuk membolehkan pembayaran melalui Ansuran Kad Kredit di kedai mereka. Anda tidak akan dapat melihat atau memilih pilihan pembayaran Ansuran Kad Kredit jika penjual tidak menawarkan pilihan ini.
  • Perbelanjaan minimum untuk layak menggunakan Ansuran Kad Kredit ialah RM500, dan ia berdasarkan nilai pembayaran akhir (selepas penolakan baucar diskaun), bukan berdasarkan nilai pesanan/item tunggal. (lebih lanjut di sini)
  • Anda boleh membuat pesanan dari penjual yang berbeza dalam satu pembayaran (selagi penjual tersebut membolehkan pembayaran Ansuran Kad Kredit di kedai mereka).
  • Pembayaran secara ansuran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Shopee serta bank/pembekal kad.
  • Caj pra-kebenaran sementara sebanyak RM1.00 mungkin akan dipaparkan apabila anda menambah atau menggunakan kad buat kali pertama. Ini adalah proses pengesahan kad standard, dan jumlah tersebut akan dipulangkan secara automatik oleh bank pengeluar anda dalam tempoh 7 hari bekerja
 
Setelah pembayaran berjaya, anda akan diarahkan ke halaman Untuk Dihantar.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied