Hi, how can we help?

[ShopeePay] Bagaimanakah cara untuk menambah/membuang butiran akaun bank di ShopeePay?

Bahasa Malaysia | English 
 
06d62bc2-cdb6-46a4-9d30-f96c9cfb2ef9.jpg
Anda boleh menambah butiran akaun bank anda melalui langkah-langkah tersebut:
 
Langkah 1: Pergi ke halaman ShopeePay dan klik pada ikon Tetapan ⚙ 
Langkah 2: Klik pada Pilihan Pengeluaran 
Langkah 3: Klik pada + Tambah Akaun Bank 
Langkah 4: Isikan butiran 
Langkah 5: Klik pada SETERUSNYA 
Langkah 6: Sahkan butiran dan pilih Selesai 
Langkah 7: Masukkan PIN ShopeePay anda.

Pengesahan akaun bank akan mengambil masa 24 jam setelah anda selesai menambah akaun bank di ShopeePay. Anda akan dapat membuat pengeluaran ke akaun bank anda setelah ia berjaya ditambah.
 
5eb0de05-6442-4317-9644-b281d1ff3f6f.jpg
Untuk membuang butiran akaun bank anda, pilih akaun yang berkaitan > Padam.

⚠️ Nota:

  • Anda tidak perlu menambah akaun bank untuk menggunakan ShopeePay. Menambah akaun bank membolehkan anda membuat pengeluaran daripada ShopeePay.
  • Hanya akaun bank tempatan diterima. Anda tidak boleh menambah akaun bank luar negara.
  • Akaun bank yang disimpan di bawah akaun Shopee anda dan akaun ShopeePay disimpan secara berasingan. Anda perlu menambah akaun bank anda semula di ShopeePay walaupun ia sudah disimpan di akaun Shopee anda.
Was this article helpful?
Yes
No