Anda boleh menuntut semula nombor telefon bimbit anda dan pautkannya ke akaun semasa anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Di halaman Nombor Telefon Berdaftar, klik Tidak, Sambung Nombor Telefon ke Akaun Semasa Saya Langkah 2: Klik Hantar ke WhatsApp atau pilih Kaedah Lain untuk pengesahan melalui Panggilan/SMS Langkah 3: Masukkan Kod Pengesahan yang dihantar ke nombor telefon anda. Langkah 4: Mesej Pop-Up akan muncul mengesahkan bahawa nombor telefon anda berjaya dituntut semula dan kini dipautkan ke akaun semasa anda.
Namun, jika anda tidak mahu pautkan nombor telefon anda ke akaun semasa, klik Ya, Log Masuk Sekarang dan masukkan Kod Pengesahan seperti biasa.
Jika nombor telefon anda sudah berdaftar pada akaun Shopee lain yang aktif, mesej ralat (Nombor telefon ini sambung dengan akaun aktif. Kami tidak dapat menyambungnya pada akaun semasa anda) berikut akan muncul:
Langkah-langkah untuk menggunakan nombor telefon lain untuk akaun semasa anda:
Langkah 1: Klik pada Gunakan Nombor Telefon Yang Berbeza Langkah 2: Masukkan Nombor Telefon Baru anda Langkah 3: Klik Seterusnya
Sebagai alternatif, anda boleh klik butang Ketahui Lebih Lanjut untuk memahami mengapa mesej ralat ini muncul untuk akaun anda.