Hi, how can we help?

[Penghantaran] Apakah pilihan Penghantaran 2 Hari?

Bahasa Malaysia | English 

Apakah Penghantaran 2 Hari?

Saluran Penghantaran 2 Hari adalah pilihan penghantaran yang menjamin pesanan tiba dalam tempoh 2 hari bekerja.

Buat pesanan dan pembayaran sebelum jam 2:00 PM, dan anda akan menerima pesanan dalam dua hari bekerja! Sebagai contoh, buat pesanan sebelum jam 2:00 PM pada hari Isnin, dan anda akan menerimanya pada hari Rabu. Jika anda terlepas masa tersebut, anda masih akan menerima pesanan pada hari Khamis.

Anda boleh mencari pilihan Penghantaran 2 Hari dengan langkah-langkah tersebut melalui saringan carian kami: 
 
987161c72d1841c2bbd15c437d548116.gif
 
Langkah 1: Klik pada butang Saringan
Langkah 2: Klik pada Paparkan Lagi di bawah Pilihan Penghantaran
Langkah 3: Pilih Penghantaran 2 Hari
Langkah 4: Klik pada Gunakan
Langkah 5: Lihat pilihan berdasarkan saringan 

⚠️ Nota:

  • Penghantaran 2 Hari hanya tersedia untuk penjual terpilih dan di Semenanjung Malaysia.
  • Penghantaran 2 Hari hanya terpakai untuk pesanan yang dibuat pada hari bekerja. Pesanan yang dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
  • Produk layak untuk Penghantaran 2 Hari akan muncul semasa daftar keluar, jika tidak, produk atau alamat anda mungkin tidak layak.
 
Untuk pilihan Penghantaran 2 hari, sila ambil perhatian bahawa had berat dan dimensi untuk pesanan adalah seperti berikut:
 
  • Berat Maksimum: 30 kg
  • Dimensi Maksimum: 125 cm (Panjang) x 125 cm (Lebar) x 125 cm (Tinggi)

💡 Tip:

Jika anda tidak menerima pesanan Penghantaran 2 Hari pada hari penghantaran yang dijangka, anda boleh menuntut baucar pampasan di Halaman Butiran Pesanan.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied