Hi, how can we help?

[ShopeeFood] Saya ingin melaporkan Pencemaran Makanan/Isu Kualiti

Bahasa Malaysia | English

Sila ambil perhatian bahawa untuk pesanan Domino's Pizza, anda boleh merujuk DI SINI
 untuk mendapatkan maklumat tentang cara meminta bayaran balik.

 

Kami memohon maaf kerana anda menghadapi masalah dengan pesanan makanan anda. Anda dinasihatkan untuk TIDAK menjamah makanan dan minuman yang anda terima dalam keadaan berikut dan segera melaporkannya kepada Khidmat Pelanggan kami:

 

1.Pembungkusan mMakanan rosak/dibuka


Jika anda telah menerima makanan pembungkusan yang rosak/dibuka

 

2.Pesanan tidak disediakan dengan betul


Jika pesanan anda tidak disediakan dengan betul, iaitu: Makanan kurang masak, makanan yang dihidangkan telah luput tarikh, basi, terlebih masak, atau hangit, anda boleh melaporkannya kepada kami untuk pemeriksaan lanjut.

 

3.Makanan atau minuman yang saya pesan membuatkan saya tidak sihat selepas menjamahnya


Jika makanan/minuman yang anda pesan melalui ShopeeFood menyebabkan anda tidak sihat atau menyebabkan cirit-birit,

 

Sila pastikan anda menyediakan:

 

  • Bukti diagnosis dari doktor

  • Nama Restoran/Kedai/Peniaga

  • Tarikh/Masa pengambilan makanan

 

Sila buat permintaan bayaran balik melalui halaman pesanan anda. Anda boleh merujuk di SINI untuk panduan anda.

 

Nota:

  1. Sila pastikan semua aduan dilaporkan kepada kami dalam tempoh 24 jam selepas pesanan diterima.

  2. Setelah menerima aduan anda, kami akan menyiasat dan menghubungi anda secepat mungkin.

  3. Kami mengambil serius isu kualiti dan akan memastikan tindakan diambil sekiranya kesihatan anda terganggu berpunca daripada makanan yang dihidangkan oleh peniaga kami

Was this article helpful?
Yes
No