Hi, how can we help?

[ShopeeFood] Bagaimana untuk membatalkan pesanan ShopeeFood?

Bahasa Malaysia | English

Anda boleh membatalkan pesanan dalam masa 5 saat selepas membuat pesanan melalui aplikasi Shopee. Selepas tempoh ini, pembatalan adalah terhad. Kami faham ini boleh menjadi mengecewakan, jadi panduan ini akan membantu menjelaskan sebabnya.

 

Panduan ini akan terangkan:

  • Bila anda boleh batalkan pesanan

  • Bila pembatalan tidak dibenarkan

  • Apa perlu dibuat jika butang batal tidak muncul dalam aplikasi

  • Bagaimana pemulangan wang diproses


1. Cara batalkan pesanan

 

Anda boleh batalkan terus dalam aplikasi dalam masa 10 saat selepas membuat pesanan:

 

Langkah 1: Pergi ke tab Saya > Pembelian Saya

Langkah 2: Pilih pesanan ShopeeFood anda

Langkah 3: Tekan Batalkan Pesanan (hanya tersedia dalam 5 saat pertama)
 

 💡 Tip: Sentiasa semak butiran pesanan dan alamat penghantaran sebelum mengesahkan.

 

⚠️ Nota:

 

2. Bila saya boleh batalkan pesanan?

 

Situasi

Boleh batal?

Tindakan diperlukan

Pesanan dibuat dalam 10 saat

✅ Ya

Pilih Batalkan Pesanan dalam aplikasi.

Tiada penghantar ditugaskan untuk tempoh lama

✅ Ya

Jika butang Batal ada, batalkan sendiri. Jika tiada, chat dengan kami.

Peniaga tutup selepas terima pesanan

✅ Ya

Chat dengan kami & sertakan bukti (mesej penghantar, log panggilan peniaga, dll.)

Makanan tidak disediakan selepas tempoh lama

✅ Ya

Chat dengan kami untuk bantuan.

Alamat penghantaran salah (penghantar belum ditugaskan)

✅ Ya

Chat dengan kami untuk batalkan.

Perubahan fikiran

❌ Tidak

Pembatalan tidak dibenarkan.

Tersalah pilih kaedah pembayaran

❌ Tidak

Pembatalan tidak dibenarkan

Terlupa guna baucar

❌ Tidak

Pembatalan tidak dibenarkan

Tersalah pilih (ambil sendiri/penghantaran)

❌ Tidak

Pembatalan tidak dibenarkan

Pesanan sedang disediakan

❌ Tidak

Pembatalan tidak dibenarkan

Penghantar sudah ditugaskan & dalam perjalanan

❌ Tidak

Pembatalan tidak dibenarkan

 

3. Kenapa saya tak boleh batalkan pesanan?

  • Setelah pesanan mula disediakan, pesanan tidak boleh dibatalkan.

  • Jika rakan penghantar sudah ditugaskan dan dalam perjalanan, pesanan mesti diteruskan.

  • Polisi ini diwujudkan untuk elakkan pembaziran makanan serta melindungi peniaga dan rakan penghantar.

 

4. Peraturan pembatalan & pemulangan wang

  • Pembatalan yang diluluskan akan dipulangkan dalam 1–3 hari bekerja bergantung pada kaedah pembayaran (maklumat lanjut DI SINI)

  • Shopee Coins & baucar yang digunakan akan dipulangkan secara automatik (jika masih sah)

  • Anda hanya boleh batalkan pesanan jika butang pembatalan tersedia dalam aplikasi

 

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied