Pembayaran Tunai di 7-Eleven ialah kaedah pembayaran Shopee yang bertujuan untuk menyediakan pilihan pembayaran tambahan yang mudah, senang, dan pantas kepada pembeli. Buat masa ini, jumlah minimum bagi setiap transaksi ialah RM1.10 manakala jumlah maksimum ialah RM1,500.00. Pembeli dikehendaki melengkapkan pembayaran dalam tempoh 48 jam selepas pembayaran untuk mengelakkan sebarang pembatalan pesanan.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa menyelesaikan pembayaran di 7-Eleven, maklumkan kepada kami di sini.
Berikut adalah panduan untuk membuat pembayaran tunai di 7-Eleven:
Langkah 1: Klik pada Pilihan Pembayaran di halaman pembayaran Langkah 2: Pilih Pembayaran Tunai di 7-Eleven Langkah 3: Klik SAH Langkah 4: Klik Membuat pesanan Langkah 5: Klik OK
Pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven terdekat, tunjukkan kod bar dan bayar dengan tunai di kaunter. Ikuti langkah di bawah untuk mendapatkan kod bar dari aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya Langkah 2: Klik pada bahagian Untuk Dibayar di bawah Pembelian Saya Langkah 3: Klik Bayar Sekarang Langkah 4: Tunjukkan Kod Bar yang dijana di kaunter
⚠️ Nota:
Jumlah minimum yang boleh dibayar ialah RM1.10 dan jumlah maksimum ialah RM1,500.00 menggunakan kaedah pembayaran ini.
Sila lengkapkan pembayaran dalam tempoh 48 jam.
Pelajari cara untuk menukar kaedah pembayaran atau lokasi pembayaran ke kedai fizikal laindi sini.