Hi, how can we help?

[ShopeeFood] Mengapa pesanan saya masih belum diberikan kepada Rakan Penghantar?

Bahasa Malaysia | English

Kami memahami kekecewaan apabila terdapat kelewatan dalam mendapatkan Rakan Penghantar untuk pesanan anda. Berikut adalah beberapa sebab mengapa hal ini berlaku:

  • Bilangan pesanan yang tinggi semasa waktu puncak - Platform mengalami permintaan yang tinggi dan ini mungkin menyebabkan kelewatan. Pertimbangan dan kesabaran anda amat dihargai.

  • Kepadatan lalu lintas dan keadaan cuaca buruk - Keadaan cuaca atau lalu lintas boleh menyebabkan kelewatan. Para Rakan Penghantar kami perlu memberi lebih perhatian dan berhati-hati di jalan raya semasa menjalankan tugas penghantaran mereka dalam keadaan tersebut.

  • Musim perayaan dan cuti - Sementara pembeli kami menikmati musim perayaan, sesetengah Rakan Penghantar kami juga meraikan perayaan yang sama dan ini berpotensi menyebabkan kelewatan. Kami berusaha sehabis baik untuk mengagihkan rakan penghantar dengan lebih cekap pada tempoh ini, dan kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelewatan berlaku.

Sila ambil perhatian bahawa jika kami tidak dapat mencari pemandu untuk anda dalam tempoh yang ditetapkan, pesanan anda mungkin akan dibatalkan secara automatik.

Anda juga boleh membatalkan pesanan dari pihak anda jika anda tidak mahu menunggu sementara kami mencari Rakan Penghantar untuk anda. Walau bagaimanapun, pembatalan mungkin bergantung pada had masa.

  • Jika pesanan anda baru sahaja dibuat, anda akan diberi 10 saat untuk membatalkannya sejurus selepas pesanan dilakukan. Sebaik sahaja restoran mula menyediakan pesanan anda, pembatalan tidak digalakkan.

  • Jika pesanan anda masih belum diserahkan kepada Rakan Penghantar, anda boleh membatalkannya apabila pilihan pembatalan boleh diakses pada halaman pesanan anda. Untuk memulakan pembatalan ini, hanya perlu menatal ke bawah pada halaman butiran pesanan dan anda akan temui butang 'Batal Pesanan Ini' (seperti yang dipaparkan di bawah). Dengan mengklik butang ini akan memulakan proses pembatalan pesanan.

 

Apa yang harus saya lakukan jika saya masih tidak dapat melihat butang pembatalan dalam aplikasi walaupun pesanan saya belum diberikan kepada seorang Rakan Penghantar?

  • Sila periksa sama ada Aplikasi Shopee anda dikemaskini ke versi terkini

  • Hidupkan semula peranti anda dan kemaskini halaman pesanan serta masuk semula ke halaman butiran pesanan untuk memeriksa sama ada pesanan telah diberikan kepada Rakan Penghantar.

  • Jika anda masih tidak dapat membuat pembatalan, ianya mungkin disebabkan oleh sistem kami masih dalam proses memberikan Rakan Penghantar kepada pesanan anda.

⚠️ Nota:

  • Pembatalan pesanan boleh diteruskan jika peniaga bersetuju untuk membatalkan pesanan, jika peniaga telah mula menyediakan pesanan anda, permintaan pembatalan akan ditolak.
 

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui Live Chat ShopeeFood atau sebagai alternatif, anda boleh mengisi borang DI SINI.

Was this article helpful?
Yes
No