Bahasa Malaysia | English
Rakan Penghantar kami adalah disahkan dan dipilih berdasarkan integriti. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami sebarang kesulitan seperti yang dinyatakan di bawah bersama Rakan Penghantar ShopeeFood kami :
Rakan Penghantar saya bertindak tidak sopan / saya terasa diancam oleh Rakan Penghantar
Rakan Penghantar saya tidak dapat dihubungi
Rakan Penghantar saya tidak seperti yang tertera di aplikasi ShopeeFood
Rakan Penghantar saya menghubungi saya untuk perkara selain masalah penghantaran
Rakan Penghantar saya melanggar hak privasi dengan menghubungi/mengganggu saya setelah penghantaran selesai
Bayaran tambahan diluar perjanjian yang dikenakan
Pelanggaran undang-undang yang serius (memandu secara cuai, memasuki rumah tanpa kebenaran, cuba melakukan sentuhan fizikal, membuatkan saya berasa tidak selamat)
Rakan Penghantar saya menyelesaikan pesanan tanpa menghantarnya kepada saya
Lain-lain salah laku oleh Rakan Penghantar
Sila laporkan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan kami secepat mungkin melalui Laman Sembang ShopeeFoodatau isikan borang DISINI beserta butiran dibawah :
1. Nama Rakan Penghantar ShopeeFood
2. Nombor pendaftaran kenderaan Rakan Penghantar ShopeeFood
3. Nombor telefon Rakan Penghantar ShopeeFood
4. Bukti seperti gambar atau video untuk menyokong laporan anda