Hi, how can we help?

[ShopeeFood] Saya menerima pesanan ShopeeFood yang salah/tidak lengkap

Bahasa Malaysia | English

Kami faham ia mengecewakan jika anda menerima pesanan yang salah atau tidak lengkap. Jangan risau, anda boleh membuat permohonan bayaran balik dengan mudah.

 

Cara membuat permohonan bayaran balik

Jika anda menerima pesanan yang salah atau tidak lengkap, sila hantar permohonan bayaran balik dalam masa 24 jam selepas pesanan diterima. Klik DI SINI untuk mengetahui cara membuat permohonan bayaran balik.

 

Apa yang diperlukan untuk permohonan berjaya

Untuk memastikan permohonan anda diproses dengan lancar, sila sediakan perkara berikut:

  • Pilih sebab bayaran balik yang betul (contoh: “Pesanan Tidak Lengkap” atau “Pesanan Salah”)

  • Muat naik gambar yang jelas (elakkan gambar kabur)

  • Sertakan bukti lain yang berkaitan (contoh: nota penghantaran, bungkusan, dsb.)

  • Tambahkan catatan untuk sebarang item yang hilang (contoh: nyatakan nama item yang hilang daripada pesanan anda dan kuantiti yang tidak cukup).

  • Tambah maklumat tambahan jika perlu (contoh: perbualan chat dengan rider atau tangkapan skrin sebagai bukti)

⚠️Nota: Permohonan bayaran balik yang dibuat selepas 24 jam daripada masa pesanan diterima mungkin tidak akan diterima.

Cara muat naik gambar untuk permohonan bayaran balik

Untuk membantu kami semak aduan anda dengan cepat, sila ikut panduan gamabar ini: 


Copy of Contoh (1).png
Copy of Contoh.png

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied