Bahasa Malaysia | EnglishApabila transaksi ShopeePay berjaya diproses, anda akan menerima pemberitahuan dari Aplikasi Shopee Partner, dan transaksi tersebut akan muncul di bahagian atas senarai Transaksi anda.
Penyelesaian MasalahBerikut adalah beberapa isu biasa yang mungkin berlaku, dan tindakan yang boleh diambil:- Halaman ShopeePay pembeli di Aplikasi Shopee menunjukkan transaksi berjaya, tetapi anda tidak melihatnya di Sejarah Transaksi Shopee Partner anda.
- Periksa jika peranti anda mempunyai sambungan internet yang stabil
- Segarkan semula halaman Sejarah Transaksi
- → Jika ini masih tidak berfungsi, minta ID Transaksi daripada pembeli dan hubungi kami melalui sembang.
- Pembeli memasukkan jumlah yang salah semasa membuat pembayaran.
- Jika jumlah yang dibayar kurang daripada yang diperlukan, minta mereka membuat pembayaran tambahan untuk mencukupkan jumlah yang betul.
Jika jumlah yang dibayar lebih daripada yang diperlukan, anda boleh membuat bayaran balik tunai atau melalui Aplikasi Shopee Partner. Ikuti langkah-langkah tersebut untuk melakukannya:
Langkah 1: Pilih Transaksi
Langkah 2: Klik pada Bayar Balik
Langkah 3: Masukkan PIN Dompet Kedai
Langkah 4: Lihat Butiran
- Pembeli tidak dapat mengimbas kod QR
- Nasihatkan mereka untuk memeriksa sambungan internet peranti mereka.
- Jika beberapa pembeli tidak dapat mengimbas kod QR anda, akaun anda mungkin menghadapi sekatan kerana aktiviti mencurigakan. Hubungi kami melalui sembang untuk bantuan.
- Pembeli tidak dapat menikmati promosi.
- Jika anda yakin pembeli telah memenuhi semua syarat promosi tetapi masih tidak dapat menebus promosi ShopeePay, anda boleh menghubungi kami melalui sembang untuk bantuan.
⚠️ Nota:
PIN Dompet Kedai anda perlu ditetapkan sebelum anda boleh mengesahkan bayaran balik.