Hi, how can we help?

[ShopeePay] Bagaimanakah cara untuk menambah nilai akaun ShopeePay di 7-Eleven?

Bahasa Malaysia | English 
 
Pembayaran Tunai MOLPay di 7-Eleven adalah kaedah pembayaran baru yang ditawarkan oleh ShopeePay untuk menyediakan pilihan tambah nilai yang mudah dan selamat kepada semua pembeli, yang boleh diakses di seluruh Malaysia. Dengan lebih daripada 2240 kedai di seluruh negara, rangkaian luas 7-Eleven memudahkan pembeli mencari cawangan 7-Eleven.

Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menambah nilai ShopeePay anda menggunakan pembayaran tunai di mana-mana 7-Eleven:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Co (40).gif

Langkah 1: Di halaman utama ShopeePay, klik pada Tambah Nilai
Langkah 2: Pilih atau Masukkan Jumlah Tambah Nilai yang Dikehendaki
Langkah 3: Pilih Pembayaran Tunai di 7-Eleven sebagai kaedah tambah nilai
Langkah 4: Klik pada Bayar Sekarang
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Co (41).gif
Selepas anda meneruskan pembayaran, anda boleh merujuk kepada arahan pembayaran yang dipaparkan dan menunjukkan kod bar kepada kakitangan 7-Eleven untuk diimbas bagi memproses pembayaran anda.

Anda akan menerima pemberitahuan yang memaklumkan bahawa tambah nilai anda telah berjaya diproses setelah kakitangan 7-Eleven mengimbas kod bar dan memproses pembayaran anda. Resit pembayaran akan dikeluarkan kepada anda untuk setiap pembayaran yang dibuat menggunakan kaedah ini.

Apa yang perlu dilakukan jika tambah nilai/transaksi saya tidak berjaya?

⚠️ Nota:

Transaksi tambah nilai anda tidak akan berjaya atau ditolak oleh sistem disebabkan had baki yang terhad. Jika anda adalah pengguna asas, had anda adalah sehingga RM 2,999 dan jika anda adalah pengguna Premium, had anda adalah sehingga RM 4,999. Jika tidak, transaksi tambah nilai akan gagal atau ditolak.

Jika kod bar anda tidak dihasilkan atau tidak dapat diimbas dengan jayanya, ia mungkin disebabkan oleh ralat sistem. Kami mengesyorkan anda untuk mencuba semula proses tambah nilai untuk menjana kod bar baru. Kod bar tersebut sah selama 48 jam. Jika tidak, kod bar akan tamat tempoh dan transaksi Tambah Nilai akan gagal atau ditolak.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.
Was this article helpful?
Yes
No