Hi, how can we help?

ShopeeFood & ShopeePartners

ShopeeFood Buyer
ShopeeFood Merchant
ShopeeFood Driver
ShopeePay Merchant
ShopeePartners

[Peniaga ShopeeFood] Apakah yang perlu dilakukan jika pesanan kehabisan stok tetapi Rakan Penghantar telah tiba untuk mengambil pesanan?

Bahasa Malaysia | English

Jika menu yang dipesan kehabisan stok tetapi Rakan Penghantar ShopeeFood telah tiba di lokasi, jangan risau, anda boleh meminta Rakan Penghantar untuk cuba menghubungi pembeli bagi memeriksa sama ada mereka bersetuju untuk menggantikan item tersebut dengan sesuatu yang serupa [dari segi harga & bahagian].

Perlu diambil perhatian bahawa perubahan pada pesanan tidak akan tertera pada halaman pesanan dan tiada perubahan harga dibenarkan. Pastikan pembeli bersetuju dengan perubahan tersebut sebelum meneruskannya.

Sekiranya pembeli tidak bersetuju untuk menggantikan item tersebut, ingatkan pembeli untuk membuat permintaan bayaran balik kepada Khidmat Pelanggan untuk item yang tidak diterima.

Sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood melalui ‘chat’ jika anda mengalami sebarang masalah lain.

Peringatan: Sila pastikan untuk menolak pesanan lebih awal jika mana-mana item yang dipesan tidak tersedia.

Was this article helpful?
Yes
No