PIN ShopeePay merujuk kepada nombor 6 digit yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Nombor PIN diperlukan apabila anda menggunakan ShopeePay/SPayLater untuk pelbagai transaksi.
Cara untuk menetapkan Nombor PIN ShopeePay anda
Anda akan diminta untuk menetapkan nombor PIN ShopeePay semasa mengaktifkan akaun ShopeePay anda.
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ShopeePay
Langkah 3: Klik pada butang Aktifkan ShopeePay
Langkah 4: Isikan Butiran IC anda
Langkah 5: Masukkan Kod Pengesahan
Langkah 6: Cipta PIN ShopeePay⚠️ Nota:- Untuk mengaktifkan ShopeePay dan nombor PIN anda, anda perlu menetapkan nombor telefon terlebih dahulu.
- Nombor berurutan seperti 123456 tidak diterima.
- Elakkan menggunakan urutan nombor yang sama dengan kata laluan akaun Shopee anda kerana ini boleh membahayakan keselamatan akaun anda.
Tukar nombor PIN ShopeePay anda secara berkala melalui halaman Tetapan ShopeePay untuk memastikan keselamatan akaun.