Hi, how can we help?

[Ansuran] Apakah syarat pembayaran dengan ansuran kad kredit?

Bahasa Malaysia | English

Anda boleh membayar secara ansuran di Shopee apabila:
 
Syarat

  • Jumlah Pembayaran semak keluar anda adalah seperti dalam jadual di bawah:
 

Tempoh

Bank yang Menawarkan

Jumlah Minimum

Jumlah Maksimum

3-bulan

CIMB

RM100

RM20,000

6-bulan

PBB, MBB, CIMB

RM500

RM20,000

12-bulan

PBB, MBB, CIMB

RM1,000

RM20,000

18-bulan

MBB, CIMB

RM1,500

RM50,000

24-bulan

CIMB, PBB

RM2,000

RM50,000

36-bulan

CIMB, PBB

RM2,500

RM50,000


  • Anda membayar menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank/pemberi kad berikut:
 
 
Had

Pembayaran secara ansuran tidak terpakai untuk pembelian Produk Digital Shopee dan pembelian daripada kategori Tiket & Baucar.
 
Pemulangan Wang
 
Jika anda memohon pemulangan wang untuk produk yang dibayar secara ansuran, terma-terma berikut terpakai:

  • Pemulangan wang penuh akan dilakukan untuk semua item jika pesanan anda hanya mengandungi 1 produk unik walaupun terdapat variasi yang berbeza.
  • (Sebagai contoh, pembeli membeli 5 item daripada produk yang sama. Oleh itu, pemulangan wang akan dilakukan secara penuh kerana pembeli tidak boleh menerima pemulangan separa untuk 2 item daripada 5.)
  • Pemulangan separa hanya dibenarkan apabila pesanan anda mengandungi lebih daripada 1 produk unik. (Sebagai contoh, pembeli membeli 2 produk unik tetapi hanya satu daripadanya rosak. Oleh itu, pemulangan separa akan diberikan untuk produk unik yang rosak sahaja.)

⚠️ Nota:

  • Kad debit tidak layak untuk pembayaran ansuran.
  • Penjual mempunyai pilihan untuk mengaktifkan Ansuran Kad Kredit untuk kedai mereka. Anda tidak akan dapat melihat atau memilih pilihan pembayaran Ansuran Kad Kredit jika penjual tidak menawarkan pilihan ini.
  • Anda boleh membuat pesanan daripada penjual yang berbeza dalam satu checkout (selagi penjual-penjual tersebut mempunyai pembayaran Ansuran Kad Kredit diaktifkan untuk kedai mereka). Untuk maklumat lanjut, rujuk di sini.
Was this article helpful?
Yes
No