Pengguna SPayLater telah mengalami masalah berikut semasa menggunakan perkhidmatan SPayLater di aplikasi Shopee:
Tidak dapat masuk ke halaman SPayLater
Tidak dapat klik Bayar Sekarang di halaman SPayLater
Tidak dapat memilih Kaedah Pembayaran untuk membayar bil SPayLater
Tidak dapat menggunakan SPayLater sebagai pilihan pembayaran semasa membuat pembelian atau terpapar sebagai Aktifkan Sekarang walaupun anda telah menyelesaikan proses pengaktifan SPayLater
Untuk menyelesaikan masalah ini, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil dan ikuti langkah-langkah berikut untuk mengosongkan cache aplikasi Shopee. Kadangkala, ini menyebabkan aplikasi terhenti atau menghalang memuat turun versi terbaru.
Mengosongkan cache membantu menghilangkan fail yang disimpan yang mungkin menyebabkan aplikasi terhenti:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya Langkah 2: Klik pada ikon Tetapan Langkah 3: Klik pada Tentang Langkah 4: Klik pada Kosongkan Cache Langkah 5: Klik Ya
Jika anda masih menghadapi masalah selepas mengosongkan cache, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).