Hi, how can we help?

[ShopeePay] Adakah terdapat had yang ditetapkan untuk menggunakan ShopeePay?

Bahasa Malaysia | English 
 
ShopeePay adalah ciri yang menyimpan wang daripada bayaran balik dan tambah nilai anda, yang kemudian boleh digunakan untuk membayar pesanan anda seterusnya secara dalam talian (melalui Aplikasi Shopee atau Web) atau Tawaran Luar Talian. Pada masa ini, terdapat had transaksi harian sebanyak RM2,999 untuk Akaun Asas dan RM4,999 untuk Akaun Premium. Had transaksi harian termasuk pembayaran pesanan anda, pemindahan kepada pengguna lain, pembayaran luar talian, dan pengeluaran.

Selain itu, kami juga memperkenalkan had transaksi bulanan sebanyak RM4,999 dan had transaksi tahunan sebanyak RM59,999. Di samping itu, terdapat juga had baki simpanan sebanyak RM2,999 untuk Akaun Asas dan RM4,999 untuk Akaun Premium. Sila sahkan IC anda untuk menikmati kelebihan akaun premium hari ini!
 
Copy of Untitled Design (3).png

Ketahui lebih lanjut mengenai peningkatan akaun anda dengan membaca artikel Pusat Bantuan kami Bagaimana saya boleh mengesahkan akaun ShopeePay saya?. Perlu diingat bahawa pengguna Android dengan sistem operasi yang lebih rendah daripada versi 7.0 dihadkan kepada had pembayaran harian sebanyak RM200. Sekiranya pengguna menaik taraf telefon bimbit mereka kepada telefon dengan versi sistem operasi yang lebih tinggi daripada 7.0, anda perlu mengikat akaun anda semula pada peranti baharu.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengikat akaun anda pada peranti baharu:
 
f7fddd5d-533e-4182-a84f-cd1afd81d13a.jpg

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik pada ShopeePay
Langkah 3: Masukkan Kata Laluan Sekali (OTP) yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda

⚠️Nota:
 
  • Halaman OTP akan muncul semasa log masuk menggunakan peranti baharu.
Was this article helpful?
Yes
No