Hi, how can we help?

[Baucar] Apakah terma dan syarat untuk kod promosi?

Bahasa Malaysia | English

Semua baucar dan kod promosi mempunyai terma penggunaan khusus, yang boleh dilihat di dompet baucar anda seperti yang ditunjukkan di bawah apabila anda klik pada kesahan baucar:

1 (2).jpg

Di bawah adalah terma dan syarat umum yang terpakai untuk semua baucar dan kod promosi (kecuali dinyatakan sebaliknya dalam terma dan syarat mereka):

  1. Semua kod promosi hanya boleh digunakan sekali dalam transaksi yang berjaya.
  2. Semua kod promosi hanya boleh digunakan untuk pembelian di bawah Shopee Guarantee.
  3. Kod promosi dalam sepanduk koleksi hanya terpakai kepada produk di halaman koleksi yang berkenaan melainkan dinyatakan sebaliknya.
  4. Shopee berhak untuk membatalkan sebarang pesanan kerana penggunaan kod promosi yang tidak sah.
  5. Shopee berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  6. Setiap kod promosi unik dihadkan kepada satu pembelian bagi setiap orang, bagi setiap isi rumah.
  7. Shopee berhak untuk membatalkan sebarang pesanan/faedah jika penipuan atau aktiviti serupa disyaki.

Nota:

 

Bermula 27 Februari 2025, pengguna Shopee boleh menggunakan sehingga tiga (3) jenis baucar bagi setiap pembayaran: 

 

  • Sekurang-kurangnya satu Baucar Kedai; dan
  • 1x Diskaun Penghantaran Percuma ; dan
  • Satu Baucar Platform Shopee (Penghantaran, Diskaun, atau Pulangan Tunai)
 
Pada masa ini, hanya satu daripada setiap jenis boleh digunakan bagi setiap transaksi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati artikel kami mengena "[Panduan Pengguna Baharu] Apakah Faedah Pengguna Baharu?" and "[Penghantaran Percuma] Mengapakah saya tidak dapat Penghantaran Percuma?".Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied