Hi, how can we help?

[Shopee Live] Bagaimana untuk mendapatkan baucar dan membeli dari Shopee Live?

Bahasa Malaysia | English

Shopee Live Streaming adalah platform di mana anda boleh menonton video secara langsung dari penjual kegemaran anda, berinteraksi dengan mereka, dan bertanya soalan mengenai produk terbaru yang mereka pamerkan semasa sesi langsung. 

 

Semasa acara langsung, penjual juga mungkin menawarkan faedah tambahan sebagai ganjaran atas sokongan berterusan anda terhadap kedai mereka. Faedah tersebut mungkin termasuk:

1)    Syiling Shopee

2)    Baucar Diskaun

 

Syiling Shopee atau baucar boleh muncul pada bila-bila masa semasa siaran langsung, kerana pengedarannya dikawal oleh penjual. Anda boleh bertanya kepada penjual sama ada mereka menawarkan baucar atau syiling dan bila mereka bercadang untuk memaparkannya.

 

Untuk menuntut syiling, periksa ikon "Live Rewards" dan klik "Tebus" untuk mengumpulkan syiling anda.

1.gif


Jika penjual menyediakan baucar eksklusif, anda boleh menuntut dan menggunakannya semasa siaran langsung.

b5753cde-d0c5-4d5c-9126-8949deaf2304.jpg


Setelah menerima ganjaran ini, anda boleh membuat pesanan untuk produk yang diketengahkan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:


Pilihan 1: Klik ikon produk untuk membeli produk yang diketengahkan.


Pilihan 2: Klik ikon "Beg Belanja" dan pilih item dari katalog.

 

 


*Setelah memilih item, anda boleh meneruskan proses pembayaran seperti biasa.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai produk, anda boleh meninggalkan komen semasa sesi tersebut, dan penjual akan membantu anda secara langsung.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran yang terdapat di bahagian bawah halaman.

 
Was this article helpful?
Yes
No