Bahasa Malaysia | English Tawaran Bundle ialah sejenis promosi yang membolehkan anda membeli beberapa produk bersama pada harga yang lebih rendah.Sebagai contoh, Tawaran Bundle mungkin datang dengan label Beli 3, nikmati diskaun 15%, di mana penjual telah menetapkan beberapa produk dalam satu Tawaran Bundle. Jika anda membeli mana-mana 3 produk daripada pilihan tersebut, anda boleh menikmati diskaun 15% daripada jumlah harga.
Untuk mencari produk yang menawarkan promosi Tawaran Bundle , perhatikan label ini pada produk semasa anda melayari Shopee.
Setelah anda berada di halaman produk, pilih Lihat Semua di bawah promosi Tawaran Bundle > pilih ikon troli untuk mana-mana produk > Tambah ke troli.
Bahagian di atas butang Pergi ke troli akan menunjukkan berapa banyak lagi item yang anda perlukan dalam troli untuk melengkapkan Tawaran Bundle.
⚠️ Nota:- Item tambahan yang melebihi keperluan Tawaran Bundle akan dikenakan pada harga asal.
- Had untuk bilangan Tawaran Bundle yang boleh anda beli bergantung kepada penjual atau kriteria promosi yang sedang berlangsung. Semak halaman pembayaran anda untuk melihat jika promosi telah digunakan jika anda menambah lebih daripada 1 Tawaran Bundle ke dalam troli anda.
- Jika terdapat Tawaran Flash yang sedang berlangsung untuk produk yang anda pilih, promosi Tawaran Bundle tidak akan digunakan.
Penyelesaian Masalah Teknikal
Jika anda tidak dapat menggunakan promosi, segarkan Aplikasi Shopee anda, kosongkan troli belian dan cuba lagi. Jika masih tidak berjaya, ambil tangkapan skrin dan hubungi penjual atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee melalui saluran di bawah.