Hi, how can we help?

[Syiling Shopee] Bagaimanakah Syiling Shopee saya akan dikembalikan untuk pesanan yang dibatalkan atau dipulangkan?

Bahasa Malaysia | English
 
Untuk pesanan yang dibatalkan

Syiling Shopee akan dikembalikan secara automatik ke dompet Syiling anda dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Anda boleh menyemak sejarah transaksi Syiling anda dengan memilih Syiling Shopee Saya melalui tab Saya di Aplikasi Shopee > Pilih Syiling Shopee Saya > Lihat semua sejarah transaksi untuk mengesahkan bayaran balik anda.
 
208d72a1-7ed8-4d89-b466-8e6c3bdee09e.jpg
Untuk pesanan yang dikembalikan/dibatalkan

Syiling Shopee anda hanya akan dikembalikan sepenuhnya jika permohonan pulangan/bayaran balik anda telah diluluskan untuk bayaran balik penuh.

Bagi refund sebahagian, anda akan menerima Syiling Shopee berdasarkan nilai prorata yang dikira oleh sistem. Prorata ini akan dikenakan dalam kes berikut:

Sebab pemulangan: Tidak menerima sebahagian daripada pesanan

  • Penyelesaian: Refund sahaja
  • Item yang tidak boleh dikembalikan
  • Rundingan: Bayaran balik sebahagian dipersetujui semasa proses pulangan/bayaran balik
 
Untuk menyemak sama ada Syiling Shopee anda akan dikembalikan, pergi ke tab Saya > Sejarah Pembelian Saya > Pulangan/Bayaran Balik. Di sini, anda boleh melihat nilai syiling yang akan dikembalikan di bawah Syiling Shopee yang boleh dibayar balik.

Untuk refund sebahagian, dua transaksi akan dipaparkan dalam sejarah Syiling anda selepas proses selesai.

Jika permintaan anda dipertikaikan oleh penjual, Shopee akan meneliti kes tersebut dengan teliti dan menyediakan penyelesaian yang adil. Syiling Shopee hanya akan dikembalikan selepas kes pertikaian diselesaikan.
Was this article helpful?
Yes
No