Hi, how can we help?

[Syiling Shopee] Mengapakah saya tidak menerima Syiling Shopee saya?

Bahasa Malaysia | English

Untuk sebarang pesanan yang menggunakan baucar Cashback, anda hanya akan menerima Syiling Shopee setelah pesanan anda selesai (atau setelah anda klik pada Pesanan Diterima).
 
Sila ambil perhatian bahawa Syiling Shopee hanya boleh diperoleh dalam keadaan berikut:
 
  • Pembelian daripada penjual Shopee Mall, penjual Preferred+, penjual Preferred, atau penjual biasa yang menyertai Program Cashback.
  • Mengumpul Hadiah Syiling Harian.
  • Memperoleh Syiling melalui aktiviti pemasaran atau permainan.
  • Memberi penilaian berjaya terhadap produk selepas pembelian.
  • Menerima ganjaran semasa acara Shopee Live.
 
Jika anda tidak menerima Syiling Shopee anda, ia mungkin disebabkan oleh salah satu sebab berikut:
 
  • Pembayaran tidak dibuat menggunakan Jaminan Shopee.
  • Barang yang dibeli berada di bawah kategori Tiket & Baucar.
  • Pesanan dipulangkan, dibayar balik, atau dibatalkan.
  • Sistem mengesan bahawa pesanan mungkin melanggar Terma dan Syarat Shopee.
  • Pengguna cuba menuntut Syiling Harian dari dua akaun menggunakan peranti yang sama, yang dianggap sebagai penipuan. Setiap peranti hanya boleh dikaitkan dengan satu akaun untuk layak menuntut Syiling Harian.
  Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of - 2024-12-31T144323.688.gif
Baki dompet Syiling Shopee anda mungkin menunjukkan nilai negatif atas sebab berikut: 
 
  • Shopee memotong jumlah Syiling yang diperoleh daripada pembelian yang anda buat permohonan Pulangan/Bayaran Balik.
  • Pada masa permohonan anda diluluskan, baki Syiling anda mungkin tidak mencukupi atau berada pada 0, menyebabkan baki negatif.
 
Jika baki dompet Syiling anda menjadi negatif, anda boleh memperoleh semula Syiling dengan melakukan pembelian, menyertai promosi, daftar masuk harian, atau bermain permainan video di aplikasi Shopee.
 
Anda boleh menyemak sejarah transaksi Syiling Shopee anda dengan langkah-langkah berikut: 
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of - 2024-12-31T143957.510.gif  
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada Syiling Shopee Saya
Langkah 3: Klik pada Sejarah
Langkah 4: Lihat Sejarah Transaksi
 
💡 Tip:
 
 Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of - 2024-12-31T161502.140.gif 
Ingat untuk mengklik pada Butang Togol untuk menebus Syiling Shopee anda sebelum membuat pembayaran dari Troli Membeli-Belah anda.
 
Anda juga boleh menggunakan Syiling untuk menyertai aktiviti atau menebus baucar dalam halaman Syiling & Baucar Harian seperti yang ditunjukkan di bawah:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of - 2024-12-31T162549.607.gif 
Langkah 1: Klik pada Lihat Lagi di Laman Utama 
Langkah 2: Pilih Syiling & Baucar Harian
Langkah 3: Tatal ke bawah di Halaman Ganjaran Syiling
Langkah 4: Lihat dan Tebus baucar
 
Jika anda mengalami sebarang masalah dalam menebus atau menerima Syiling Shopee anda, sila hubungi kami melalui saluran yang tertera di bawah halaman. 
Was this article helpful?
Yes
No