Hi, how can we help?

[ShopeePay] Soalan lazim baki boleh dipindah milik dan baki tidak boleh dipindah milik

BM | CN | ENG

1) Apakah yang dianggap sebagai baki boleh dipindah milik dan baki tidak boleh dipindah milik?

Tambah nilai yang dibuat daripada kad kredit dan wang tunai tidak boleh dipindahkan (Kemaskini Baru), manakala tambah nilai daripada sumber selain kad kredit dan wang tunai (seperti tambah nilai daripada perbankan dalam talian, kad debit, dsb.) adalah boleh dipindahkan.
 
Q1 - Transferable & Non Transferable-1.png
2) Untuk apa saya boleh gunakan baki boleh dipindah milik dan baki tidak boleh dipindah milik?

Baki boleh dipindah milik boleh digunakan untuk membuat pembayaran luar talian, pembayaran dalam talian, pemindahan P2P, pengeluaran, dan produk kewangan (seperti pelaburan dan bayaran balik pinjaman seperti Sloan, dan lain-lain.). Baki tidak boleh dipindah milik hanya boleh digunakan untuk pembayaran luar talian dan dalam talian, tetapi tidak boleh digunakan untuk pemindahan P2P, pengeluaran, dan produk kewangan (seperti pelaburan dan bayaran balik pinjaman seperti Sloan, dan lain-lain.).
 
Transferable & Non Transferable.png
3) Bagaimanakah saya boleh melihat baki boleh dipindah milik dan tidak boleh dipindah milik?
 
Baki boleh dipindah milik dan tidak boleh dipindah milik anda boleh dilihat seperti berikut:

Langkah 1: Pada laman utama ShopeePay, klik pada Pindah
 
image (28).png
Langkah 2: Pilih penerima daripada Kenalan, pemindahan DuitNow, atau senarai Terkini untuk memulakan pemindahan.
 
Step 2 Transferable and non transferable (2) (1).png
Langkah 3: Klik ikon "?" untuk melihat baki boleh dipindah milik dan tidak boleh dipindahkan.
 
Step 3 Transferable and non transferable (2) (1).png
Langkah 4: Gambaran keseluruhan baki boleh dipindahkan & tidak boleh dipindah milik.

4) Adakah baki boleh dipindah milik atau tidak boleh dipindah milik akan diutamakan untuk pembayaran?

Dana anda akan ditolak daripada baki tidak boleh dipindah milik terlebih dahulu dan seterusnya daripada baki boleh dipindah milik.
 
IMG_20240613_101801.jpg
5) Adakah saya boleh memindahkan baki boleh dipindah milik dan baki tidak boleh dipindah milik kepada pengguna ShopeePay lain, akaun bank, atau melalui pemindahan DuitNow?

Baki yang dikategorikan sebagai baki boleh dipindah milik boleh dipindahkan kepada pengguna ShopeePay lain, akaun bank, atau melalui pemindahan DuitNow. Baki yang dikategorikan sebagai "baki tidak boleh dipindahkan" tidak boleh dipindahkan kepada pengguna ShopeePay lain, akaun bank, atau melalui pemindahan DuitNow.

6) Mengapaka saya tidak boleh membayar balik SLoan saya dengan baki yang tersedia dalam dompet ShopeePay saya?

Hanya baki yang berada di bawah kategori baki boleh dipindah milik dalam dompet ShopeePay anda boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman anda. Jika mana-mana jumlah dalam dompet ShopeePay anda termasuk dalam baki tidak boleh dipindah milik, ia tidak boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman anda.
Was this article helpful?
Yes
No