Bahasa Malaysia | EnglishCaj bayaran lewat sebanyak 8% setahun akan dikenakan setiap hari.Caj bayaran lewat akan dikenakan apabila terdapat baki tertunggak mulai jam 0001 pada hari selepas tarikh akhir. Contohnya: Tarikh akhir adalah pada 1 Okt. Caj penalti bayaran lewat akan dikenakan jika terdapat baki tertunggak pada jam 0001 pada 2 Okt.Contoh pengiraan caj bayaran lewat:- Jumlah bayaran sebenar: RM3,000, Tertunggak: 10 hari
- Jumlah caj bayaran lewat: RM3,000 x 8% x (10/365 hari) = RM6.58
- Jumlah bayaran: RM3,000 + RM6.58 = RM3,006.58
Fungsi permintaan pembiayaan juga akan dibekukan pada tarikh akhir sehingga ansuran dilunaskan sepenuhnya. Anda boleh membuat pembayaran melalui pilihan berikut:- ShopeePay e-wallet
- Perbankan Dalam Talian
Untuk mengelakkan keraguan, Caj Bayaran Lewat terdiri daripada ta’widh (caj pampasan) sehingga satu peratus (1%) setahun ke atas ansuran tertunggak dan gharamah (caj penalti) bagi peratus (%) selebihnya daripada Caj Bayaran Lewat ke atas ansuran tertunggak (gharamah akan disalurkan kepada amal kebajikan). Kadar gabungan ta’widh dan gharamah yang dikenakan ke atas ansuran tertunggak tidak akan digandakan pada jumlah ansuran tertunggak keseluruhan dan tidak akan melebihi 100% daripada jumlah prinsipal tertunggak.
SFinancing-i adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.