Hi, how can we help?

[Asas Pembeli] Bagaimana saya boleh membatalkan pesanan saya?

Bahasa Malaysia | English

Sebelum membatalkan pesanan anda, anda mungkin ingin melihat artikel "[Pembatalan Pesanan] Bolehkah saya membatalkan pesanan saya?" untuk mengetahui jika pesanan anda layak dibatalkan.

 

1. Klik "Saya" dan pilih "Untuk Dibayar / Untuk Dihantar". Cari pesanan anda dan klik pada nama pesanan tersebut.

  • Jika pembayaran anda tidak berjaya, pesanan anda akan berada di bawah "Untuk Dibayar".
  • Jika anda telah berjaya membuat pembayaran, pesanan anda akan berada di bawah "Untuk Dihantar" sebelum dihantar oleh penjual.

 

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy.gif

 

2. Selepas itu, klik "Batalkan Pesanan" untuk memulakan permohonan pembatalan.

  • Jika permohonan pembatalan dilakukan sebelum pembayaran berjaya atau sebelum penjual mengatur penghantaran (pesanan tanpa nombor penjejakan yang dikemas kini), pembatalan tidak memerlukan kelulusan penjual dan boleh dibatalkan serta-merta. Walau bagaimanapun, pesanan akan dibatalkan secara automatik oleh sistem jika tidak dihantar 3 hari selepas Hari untuk Dihantar.

  • Berkuat kuasa mulai 25 September 2024: Sekiranya pembatalan dilakukan selepas penghantaran diatur tetapi sebelum bungkusan diserahkan kepada rakan logistik:

    • Pembatalan segera: Pembeli boleh membatalkan pesanan dengan serta-merta selagi pesanan dihantar melalui Logistik yang Disokong Shopee dan tidak termasuk dalam pengecualian di bawah: 

      1. Senarai prapesanan

      2. Produk makanan segar atau beku
      3. Barang yang dibuat khusus
      4. Produk digital
      5. Pesanan dengan Penghantaran Pada Hari Sama
    • Kelulusan penjual diperlukan: Jika pesanan melibatkan mana-mana item pengecualian di atas atau dihantar melalui logistik yang tidak disokong oleh Shopee, pembatalan akan memerlukan kelulusan penjual. Sebarang permohonan pembatalan yang tidak dibalas oleh penjual dalam tempoh 1 hari akan diterima secara automatik dan bayaran akan dikembalikan kepada pembeli. 

       

       

       

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy.gif


Berikut adalah beberapa artikel yang mungkin berguna jika anda menghadapi isu berkaitan:

1) [Pembatalan Pesanan] Bagaimana saya akan mendapat bayaran balik untuk pesanan yang dibatalkan?

2) [Pulangan Bayaran Balik] Bolehkah penjual menolak permohonan pembatalan saya?

3) [Pulangan Bayaran Balik] Bilakah saya boleh memohon Pulangan/Bayaran Balik dan bagaimana caranya?

4) [Pulangan Bayaran Balik] Bilakah bayaran balik saya akan dibayar?

Was this article helpful?
Yes
No