Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[Pulangan & Bayaran Balik] Apakah Bayaran Balik Pemulangan Semasa Penghantaran (ITRR) oleh SPX Express?

Bahasa Malaysia | English
 
Bermula 13 November 2024,  pembeli boleh membuat permohonan Pemulangan/Bayaran Balik semasa bungkusan masih dalam proses penghantaran. Ini bermaksud anda boleh menghantar permohonan selepas bungkusan diambil atau dihantar oleh penjual, tetapi sebelum bungkusan tiba di pusat penghantaran
 
Sekiranya proses penghantaran mengambil masa lebih lama daripada jangkaan dan bungkusan masih belum sampai ke pusat penghantaran, tempoh Pemulangan/Bayaran Balik Dalam Transit akan kekal dibuka sehingga Tarikh Jangkaan Penghantaran (EDD).

Berikut adalah garis masa bila anda boleh memulakan permohonan Pulangan/Bayaran Balik untuk pesanan anda:
 
50059c0221e14b569390e857ad9be4e8.png

⚠️ Nota:

  • Permohonan Bayaran Balik Pemulangan Semasa Penghantaran (ITRR) hanya terpakai untuk pesanan yang dihantar oleh SPX Express.
  • Pembeli hanya boleh membuat permohonan Bayaran Balik Pemulangan Semasa Penghantaran (ITRR) sebanyak dua (2) kali bagi setiap pesanan dan lima (5) permohonan keseluruhan dalam tempoh 30 hari.
  • Semua permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan, bergantung kepada sama ada sistem berjaya menahan bungkusan sebelum penghantaran selesai.
 
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan Bayaran Balik Pemulangan Semasa Penghantaran (ITRR):
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of - 2024-11-11T141457.339.gif

Apabila membuat permohonan Bayaran Balik Pemulangan Semasa Penghantaran (ITRR), anda boleh memilih salah satu daripada empat sebab berikut:
 
  • Maklumat pesanan salah: Anda membuat kesilapan dengan kuantiti atau variasi pesanan.
  • Alamat salah dimasukkan: Anda memasukkan alamat penghantaran yang salah.
  • Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal / masih belum dibuka: Membolehkan anda memulangkan produk yang layak dalam tempoh Jaminan Shopee, dengan syarat barang tersebut tidak digunakan, tidak dibuka, dan masih dalam bungkusan asal. (Ketahui lebih lanjut di SINI.)
 
⚠️ Nota:

Item berikut tidak layak untuk permohonan Bayaran Balik Pemulangan Semasa Penghantaran (ITRR):

  • Barang buatan khas atau ditempah mengikut pesanan
  • Barangan mudah rosak (contohnya, makanan segar, minuman, tumbuhan hidup)
  • Produk digital (contohnya, e-baucar, tiket, perkhidmatan, permainan digital)

Lihat senarai penuh produk yang tidak layak.

Jika anda perlu memulangkan item atau memohon bayaran balik, anda boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi Shopee.
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati