1. Apakah had pegangan dompet bagi akaun asas dan akaun premium?
Akaun asas yang tidak disahkan akan mempunyai had pegangan dompet sebanyak RM2,999. Manakala, akaun premium yang disahkan melalui proses e-KYC kami akan mempunyai had pegangan dompet sebanyak RM9,999. Pengguna ShopeePay yang telah disahkan melalui proses KYC standard sebelum 13 November 2024 tetapi belum melengkapkan proses e-KYC baharu akan kekal dengan had pegangan dompet sebanyak RM4,999.
2. Apa yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan had dompet saya?
Untuk meningkatkan had dompet anda kepada RM9,999, pastikan anda telah mengesahkan identiti anda melalui proses e-KYC (Electronic Know Your Customer) kami.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengesahkan identiti anda:
Langkah 1: Pergi ke halaman utama ShopeePay. Satu "banner" akan dipaparkan meminta anda menjalankan pengesahan identiti melalui e-KYC untuk mendapatkan had dompet yang lebih tinggi.
Langkah 2: Klik pada banner tersebut, dan anda akan dibawa ke proses e-KYC.
3. Apakah perbezaan ciri-ciri akaun asas dan akaun premium?
Jenis Dompet | Ciri-Ciri |
Dompet Asas | ·Tambah nilai ·Melakukan pembayaran |
Dompet Premium | ·Tambah nilai ·Melakukan pembayaran ·Pengeluaran ·Pemindahan P2P |