Bahasa Malaysia | English1. Bolehkah saya masih membuat pembayaran semasa Tempoh Bertenang untuk had transaksi?
Semasa Tempoh Bertenang untuk had transaksi, anda boleh membuat pembayaran dengan jumlah terkumpul sehingga RM250 untuk keseluruhan tempoh tersebut.
2. Apakah jenis transaksi yang boleh saya lakukan semasa Tempoh Bertenang untuk had transaksi?
Berikut adalah transaksi yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa tempoh ini:
Transaksi yang boleh dilakukan | Transaksi yang tidak boleh dilakukan |
· Tambah nilai dompet ShopeePay melalui FPX, Giro, Kad Kredit, atau Kad Debit · Menerima dana P2P · Melakukan pembayaran sehingga had terkumpul RM250 (untuk peniaga dalam talian dan luar talian), termasuk pembayaran menggunakan ShopeePay di Shopee | · Memindahkan dana keluar dari dompet ShopeePay, termasuk: · DuitNow QR · Pemindahan DuitNow (melalui nombor telefon, nombor akaun, NRIC, ID Tentera/Polis) · ShopeePay Ang Bao · Mengeluarkan dana ke akaun bank |
3. Berapa lama Tempoh Bertenang untuk had transaksi?
Tempoh Bertenang untuk had transaksi akan berlangsung selama 12 jam dari masa ia diaktifkan.
4. Apakah yang menyebabkan Tempoh Bertenang untuk had transaksi diaktifkan?
Tempoh Bertenang untuk had transaksi akan diaktifkan apabila salah satu tindakan berikut dilakukan:- Akaun ShopeePay diaktifkan buat kali pertama
- Peranti baharu digunakan untuk log masuk ke akaun ShopeePay
5. Apa yang berlaku jika saya cuba melakukan transaksi semasa Tempoh Bertenang untuk had transaksi?
Anda masih boleh melakukan transaksi semasa Tempoh Bertenang untuk had transaksi, tetapi jumlah terkumpul anda akan dihadkan sehingga RM250.
6. Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan untuk memendekkan Tempoh Bertenang untuk had transaksi?
Tidak, Tempoh Bertenang untuk had transaksi selama 12 jam adalah keperluan wajib atas sebab keselamatan tanpa sebarang pengecualian jika mana-mana tindakan yang mencetuskan tempoh ini dilakukan.
7. Bolehkah saya mengaktifkan Kill Switch semasa Tempoh Bertenang untuk had transaksi?
Ya, jika anda mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan semasa Tempoh Bertenang untuk had transaksi, anda boleh mengaktifkan Kill Switch. Untuk mengetahui cara mengaktifkan Kill Switch, sila rujuk Soalan Lazim Kill Switch kami untuk maklumat lanjut.