Terdapat dua jenis diskaun yang tersedia:
Diskaun Item – Tawarkan diskaun untuk item terpilih dalam menu anda, sama ada dalam jumlah tetap atau peratusan.
Diskaun Terus – Tawarkan diskaun pada jumlah keseluruhan pesanan, seperti RM10 diskaun dengan perbelanjaan minimum RM30 atau 20% diskaun dengan perbelanjaan minimum RM30.
Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda tentang cara mencipta dan mengurus Diskaun Item. Jika anda ingin mengetahui cara mencipta Diskaun Terus, klik di sini.
Langkah-langkah Menetapkan Promosi Diskaun Item
Buka aplikasi dan pastikan anda menggunakan akaun admin yang ingin didaftarkan.
Buka ShopeePartner: Log masuk dan semak nama kedai yang dipilih sebelum meneruskan.
Pergi ke bahagian Promosi: Tekan ikon “Promotion” pada bar menu di bahagian bawah.
Pilih Diskaun Item: Tetapkan tempoh diskaun, pilih item yang ingin diberikan diskaun, kemudian tekan “Submit”.

Sesuaikan tetapan anda: Tetapkan promosi anda mengikut garis panduan yang dinyatakan di bawah.

Semak dan Hantar: Sila semak butiran promosi anda sebelum menghantar. Setelah dihantar, promosi anda berjaya dicipta dan akan berjalan mengikut tempoh promosi yang dipilih.
Ingin menukar atau membatalkan promosi?
Pergi ke Aktiviti Saya: Buka Shopee Partner, log masuk, semak nama kedai yang dipilih, kemudian tekan ikon “Promosi” dan pilih “Aktiviti Saya”.
Pilih promosi yang sedang berlangsung: Tekan “Promosi Saya”, diikuti “Sedang Berlangsung”, dan pilih promosi yang ingin anda batalkan.
Edit dan Padam: Semak butiran promosi yang ingin dibatalkan. Setelah anda menekan “Padam” dan mengesahkan pembatalan, promosi anda akan berjaya dibatalkan.

Semak Prestasi Promosi
Pergi ke Aktiviti Saya: Buka Shopee Partner, log masuk, semak nama kedai yang dipilih, kemudian tekan ikon “Promosi” dan pilih “Aktiviti Saya”.
Pilih promosi yang telah tamat: Tekan “Promosi Saya”, diikuti “Tamat”, dan pilih promosi yang telah selesai dan ingin anda semak.
Jejak hasil prestasi: Semak ringkasan prestasi promosi yang telah selesai, termasuk jumlah pesanan dan jualan yang dijana daripada semua promosi anda.


Semudah itu untuk mengurus Diskaun Item untuk pembeli anda! Ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara mencipta Diskaun Terus? Klik di sini.