Hi, how can we help?

[SPayLater] Apakah caj yang dikenakan apabila saya menggunakan SPayLater?

Bahasa Malaysia | English

 

Jenis Caj 

Definisi

Bila caj ini dikenakan? 

Jumlah

Caj Pemprosesan

Caj yang dikenakan untuk penyediaan perkhidmatan SPayLater dan boleh digantikan dengan Kadar Ansuran seperti yang dinyatakan dalam Terma Perkhidmatan kami. 

Caj Pemprosesan dikenakan dalam jumlah ansuran bulanan. 

Caj Pemprosesan adalah berdasarkan pelan pembayaran yang dipilih dan jumlah transaksi:

· 1 Bulan - Tiada caj

· 3 Bulan* - 1.5% sebulan / 4.5%

· 6 Bulan - 1.5% sebulan / 9%

· 12 Bulan - 1.5% sebulan / 18%

· 18 Bulan - 1.5% sebulan / 27%

· 24 Bulan - 1.5% sebulan / 36%


*Untuk tempoh 3 bulan, tiada caj pemprosesan untuk pembayaran di platform Shopee Marketplace (anda akan melihat 0% caj pemprosesan di halaman pilihan pembayaran).

Namun, caj pemprosesan 3 bulan masih dikenakan untuk ShopeeFood, Insurans, Perkhidmatan Prabayar, Bil & Tiket, serta pembayaran di luar aplikasi Shopee (dalam kedai dan dalam talian).

Caj Lewat

Penalti yang dikenakan jika pengguna tidak membayar bil SPayLater sebelum tarikh akhir. SeaMoney akan membekukan akaun SPayLater jika pembayaran lewat.

Caj Lewat dikenakan apabila pengguna tidak membayar bil SPayLater selepas tarikh akhir. 

RM10 atau jumlah bil prinsipal, yang mana lebih rendah.


· Jika bil prinsipal melebihi RM10, caj lewat adalah RM10.

· Jika bil prinsipal kurang daripada RM10, caj lewat akan sama dengan jumlah bil prinsipal.

 
Contoh Pengiraan Caj Pemprosesan
 

Pelan Pembayaran 

1 Bulan

3 Bulan

6 Bulan

12 Bulan

18 Bulan

24 Bulan

Caj Pemprosesan Bulanan 

Tiada caj 

1.5%

1.5%

1.5%

1.5%

1.5%

Jumlah Caj Pemprosesan 

Tiada caj 

1.5% * 3M
= 4.5%

1.5% * 6M
= 9%

1.5% * 12M
= 18%

1.5% *18M
= 27%

1.5% * 24M
= 36%

Contoh jumlah transaksi = RM100 

Jumlah Caj Pemprosesan

Tiada caj 

RM100 * 4.5%
= RM4.50

RM100 * 9%
= RM9.00

1.5% * 18%
= RM18.00

RM100 * 27%
= RM27.00

RM100 * 36%
= RM36.00

Jumlah Harga Dibayar (Jumlah Transaksi + Caj Pemprosesan)

RM100+ 0
RM100.00

RM100+ 4.50
RM104.50

RM100+ 9
RM109.00

RM100+ 18
RM118.00

RM100+ 27
= RM127.00

RM100+ 36
RM136.00

Ansuran Bulanan

RM100.00/1M
= RM100

RM104.50/3M
= RM34.83

RM109.00/6M
= RM18.16

RM118.00/12M
= RM9.83

RM127.00/18M
= RM7.06

RM136.00/24M
= RM5.67

 
Contoh Pengiraan Caj Lewat
 

Senario

Jumlah Prinsipal 

Caj Lewat 

Pesanan di bawah RM10 

Jumlah prinsipal ansuran pertama = RM9 

Caj Lewat = RM9


Memandangkan jumlah ini kurang daripada RM10, caj lewat adalah RM9.

Pesanan melebihi RM10

Jumlah prinsipal ansuran pertama = RM11 

Caj Lewat = RM10


Memandangkan jumlah ini melebihi RM10, caj lewat adalah RM10.
 
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.
Was this article helpful?
Yes
No